info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Maggi hargai kulinari warisan Borneo, mahu generasi muda tak gentar masuk dapur

Lead Image

SEMPENA sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, Maggi meraikan keunikan identiti kulinari warisan Borneo menerusi hidangan tradisional penuh rasa yang disediakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian melimpah ruah.

Lebih menarik, Maggi menerusi Maggi Rasa Gawai Kaamatan tampil meraikan semangat warisan makanan tempatan sambil membantu generasi baharu lebih yakin di dapur.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia, Ivy Tan Link Cheh, Maggi sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kerana sentiasa hadir membantu dalam momen penting di dapur.

"Kami mahu setiap generasi muda di Sabah dan Sarawak tahu bahawa mereka tidak bersendirian di dapur.

Lebih daripada sekadar hidangan, setiap sajian membawa cerita tradisi dan keunikan kulinari warisan Borneo.

"Memasak hidangan warisan buat kali pertama walaupun dalam keadaan gementar adalah bagaimana tradisi terus diwariskan," katanya pada Pelancaran Majlis Maggi Rasa Gawai Keamatan, Rabu.

Bagi menghidupkan kempen tersebut, Maggi bekerjasama dengan dua figura kulinari tempatan iaitu Karen R. Yap dan Cef Melvin Gatu yang aktif memperjuangkan warisan makanan etnik Borneo.

MENARIK DIBACA: 5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau

MENARIK DIBACA: Makan nasi sejuk ada manfaat... Patutlah perut orang dulu 'kebal' jarang gastrik, angin

Selain itu, lima pemenang 'Miss Ethnic Borneo Native Festival' turut bersama meraikan pelancaran majlis berkenaan.

Terdahulu, menurut Karen, makanan tradisional bukan sekadar tentang rasa, tetapi mencerminkan budaya, alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.

Maggi Rasa Gawai Kaamatan meraikan kepelbagaian rasa Sabah dan Sarawak yang diwarisi turun-temurun

"Inilah rasa dan teknik masakan yang membesarkan saya. Namun kita kini berada di ambang kehilangan perkara yang tidak pernah didokumentasikan.

"Apabila tiba saat kita cuba mengingati tetapi tiada lagi insan untuk dirujuk, ketika itu semuanya sudah terlambat," katanya.

Cef Melvin pula berkata, ramai anak muda sebenarnya mahu belajar memasak hidangan tradisi tetapi takut untuk mencuba kerana bimbang tidak menjadi.

"Apa yang Maggi lakukan ialah membantu mengurangkan rasa takut itu supaya orang lebih berani mencuba. Keberanian untuk mencuba itulah paling penting," katanya.

Dua figura kulinari tempatan iaitu Karen R. Yap dan Chef Melvin Gatu yang aktif memperjuangkan warisan makanan etnik Borneo.

Dalam usaha mendekatkan generasi muda dengan masakan warisan, Karen memperkenalkan beberapa jenis menu klasik seperti Ayam Kampung Umbut Pisang atau Manok Upa Pisang, resipi yang dipelajari daripada datuk tirinya.

Sementara itu, Cef Melvin memperkenalkan Binuburan Manuk Kampung atau Bubur Yilik, resipi warisan keluarga berusia lebih 100 tahun diinspirasikan daripada neneknya.

Dengan adanya kempen itu, Maggi berharap lebih ramai generasi muda berani melangkah ke dapur dan meneruskan tradisi keluarga agar resipi warisan Sabah dan Sarawak terus hidup untuk generasi akan datang.

Menerusi kempen Maggi Jom Masak & Menang Bersama!, pelbagai aktiviti menarik, peraduan memasak serta penebusan hadiah dianjurkan sepanjang musim perayaan bagi menghargai air tangan komuniti dan resipi tradisi terus menjadi kebanggaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

“Datang Sarawak jangan cari nasi lemak” – Warga tempatan ada penilaian sendiri, minta orang luar pilih menu lain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Nak habis makan nasi lemak, baru nampak benda pelik di daun pisang! Wanita ulang alik ke tandas hampir 10 kali

Terhangat