info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Nak habis makan nasi lemak, baru nampak benda pelik di daun pisang! Wanita ulang alik ke tandas hampir 10 kali

Lead Image

ASPEK kebersihan dalam penyediaan makanan sememangnya perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Seorang wanita di Threads berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menikmati nasi lemak bungkus daun pisang.

Berdasarkan apa yang dikongsi, dia makan nasi lemak tersebut seperti biasa sehinggalah dia terlihat terdapat benda pelik pada timun.

“Aaah tidak, kembang semangkuk tekak. Dah la dah nak habis, belek timun eh ada 'surprise'. Ni telur apa?” tulisnya.

Ada juga netizen menjumpai lintah bulan dalam bubur dibeli.

Tambahnya lagi, kejadian itu membuatkan dia berasa gelisah sehingga berulang kali ke tandas dan cuba memuntahkan semula makanan dimakan.

“Tak senang duduk, kejap-kejap pergi tandas paksa berak lepas tu korek tekak, nak muntah,” katanya lagi.

MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!

MENARIK DIBACA: Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut

Malah, kira-kira 20 jam selepas kejadian itu, dia memaklumkan masih berulang alik ke tandas.

“Update 20 jam selepas (kejadian): Weh sumpah dari jam 4am/4.16am/5.07am/5.20am/5.44am/6.01am/6.30am sampai sekarang 7.40am 'total' saya masuk tandas,” kongsinya.

Warga maya turut berkongsi pengalaman menjumpai benda asing dalam makanan mereka.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyatakan rasa geli selain berkongsi pandangan mengenai benda asing yang ditemui dalam nasi lemak tersebut.

Ada yang mendakwa ia menyerupai telur lintah, namun tidak kurang juga yang berpendapat ia kemungkinan telur serangga dikenali 'banana skipper'.

“Tak basuh ke ya Allah. Umi saya pun peniaga nasi lemak. Kami dua kali basuh kalau daun pisang ni.

Komen warganet.

“Mesti daun pisang ni tak dicuci bersih dan tak dilayurkan atas api.

“Sis tu telur kupu-kupu 'banana skippe'r tu, bukan telur lintah but still memang rasa geli kan," antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga peniaga nasi lemak bungkus daun pisang yang mengakui insiden tersebut membuatkan mereka lebih berhati-hati ketika membersihkannya sebelum digunakan.

“Alamak, saya baru dua hari berniaga nasi lemak bungkus daun pisang ni. Benda ni pun menyeramkan saya. Masa nak potong daun memang saya telek satu-satu belah daun,” tulis seorang pengguna.

Berdasarkan semakan Kuali, benda asing yang ditemui dipercayai telur kupu-kupu pisang dan akan menetas dalam masa lima hingga lapan hari menjadi ulat dan merosakkan tanaman.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Maggi hargai kulinari warisan Borneo, mahu generasi muda tak gentar masuk dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

'Hak' ke atas 7 menu popular Asia Tenggara ini jadi rebutan! Rendang, nasi lemak hingga cendol ada kisah sendiri

Terhangat