info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

“Datang Sarawak jangan cari nasi lemak” – Warga tempatan ada penilaian sendiri, minta orang luar pilih menu lain

Lead Image

NASI lemak menjadi hidangan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia, malah telah dikenali di seluruh dunia.

Beras yang dimasak bersama santan dan kemudian disajikan dengan sambal, timun, telur, kacang tanah dan ikan bilis, nasi lemak memiliki aroma harum daun pandan, sekali gus menambahkan lagi keenakannya.

Bagaimanapun, tidak semua nasi lemak memiliki rasa yang sama terutama pada sambalnya, bergantung kepada air tangan masing-masing.

Rata-rata orang tempatan dari Sarawak sendiri mengakui nasi lemak di semenanjung jauh lebih sedap terutama sambalnya.

Seperti hantaran seorang pengguna di Threads, dia berkongsi pengalamannya menikmati nasi lemak di Sarawak.

Dalam perkongsian tersebut, dia memberitahu sambal nasi lemak di Sarawak memiliki rasa masin, jauh berbeza seperti sambal nasi lemak di semenanjung.

"Nasi lemak Sarawak. Suami cakap susah nak makan. Ikan kering keras, sambalnya masin.

"Aku syak sambal tak letak gula," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!

Hantaran yang dikongsikan itu sekali gus menarik perhatian pengguna Threads lain, termasuk warga dari Sarawak sendiri.

Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan, rata-rata mengakui sambal nasi lemak di Sarawak tidak seenak seperti mana yang ada di semenanjung.

Malah warga tempatan sendiri mengakui perkara tersebut, justeru menasihati orang luar supaya tidak mencari nasi lemak jika berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang itu.

Seorang warga Sarawak mengakui sendiri nasi lemak di semenanjung jauh lebih sedap.

"Aku asli dari Sarawak pun tak makan nasi lemak sana. Mereka memang gagal bab buat makanan semenanjung.

"Secara jujur, nasi lemak di semenanjung lebih sedap. Ada sesetengah nasi lemak sahaja yang kena dengan tekak saya sebagai orang Sarawak.

"Datang Sarawak jangan makan nasi lemak, banyak tak sedap," demikian antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Wajib makan roti lepyoshka jika ke Uzbekistan... Tinggi nilai falsafah, dianggap roti paling cantik di dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Maggi hargai kulinari warisan Borneo, mahu generasi muda tak gentar masuk dapur

Terhangat