KUALI | Trending

Aiskrim 'rasa Malaysia' di Inside Scoop, makan sambil mengembara seluruh pelosok negara

Lead Image

SEMPENA meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim tempatan Inside Scoop melancarkan koleksi Rasa-Rasa Malaysia.

Menariknya, koleksi ini menampilkan enam perisa edisi terhad berinspirasikan keunikan cita rasa dan naratif negeri-negeri di Malaysia.

Menurut Pengasas bersama Inside Scoop, Edmund Tan,  setiap perisa adalah inspirasi daripada ramuan tempatan dan kisah tradisi setiap negeri.

Aiskrim Rasa-Rasa Malaysia juga dihidangkan dalam cawan khas yang dibalut dengan ilustrasi unik.

"Setiap negeri di Malaysia mempunyai kisah unik dan cita rasa tersendiri yang menjadi kebanggaan sesebuah tempat.

"Kami berharap setiap perisa tersebut menjadi pencetus inspirasi untuk anda merancang pengembaraan seterusnya, sekali gus merasai sendiri keajaiban dan keunikan yang ditawarkan di setiap negeri," katanya.

Bermula daripada kopi Liberica Johor, coklat gelap Kelantan, dodol durian Melaka, gula apong Sarawak, coklat 'kaw' popular di restoran mamak sehinggalah strawberi Cameron Highlands dari Pahang, setiap skup menjanjikan sebuah pengembaraan rasa merentasi seluruh pelosok negara.

MENARIK DIBACA: Aiskrim santan lemak berkrim, terus segar tekak makan lepas berbuka

MENARIK DIBACA: Byakuya aiskrim paling mahal di dunia, dihiasi emas 24 karat berharga RM28,000 

Bukan itu sahaja, aiskrim Rasa-Rasa Malaysia juga dihidangkan dalam cawan khas yang dibalut dengan ilustrasi unik bagi setiap negeri.

Malah pelanggan boleh membawa pulang pek Rasa-Rasa edisi terhad (RM70) yang sangat sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara dari 6 April 2026 sehingga 11 Mei 2026. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tak sedar risiko... Ramai buat 5 kesilapan ini ketika simpan, kendali tong gas

Terhangat