Gadis mengeluh penat buat kerja dapur, 'menyirap' adik beradik lelaki banyak relaks - "Jatuh maruah ke tolong masak?"
TUGAS memasak selalu diserahkan kepada perempuan memandangkan mereka dianggap lebih arif tentang urusan dapur.
Budaya ini masih diterapkan dalam kebanyakan keluarga hari ini, yang akhirnya membebankan anak perempuan dengan kerja rumah terutamanya sepanjang bulan puasa.
Manakala anak lelaki pula dibenarkan duduk goyang kaki tanpa ambil tahu sedang berlaku di dapur.
Begitulah luahan hati seorang pengguna Threads yang tidak berpuas hati apabila terpaksa menguruskan semua kerja rumah sendirian tanpa dibantu oleh adik beradik lelaki.

"Penat lagilah kalau dari beli barang dapur, sediakan bahan masak pastu memasak lagi. Kalau masak satu lauk je pun penat, inikan 'pakej' sekali lauk berkuah dan kering.
"Lepas tu masak sayur lagi, basuh pinggan mangkuk, bersihkan dapur semua perempuan nak kena buat! Yang lelaki, tengok 'phone', membuta, tengok TV. Masuk dapur, makan pastu 'blah'," katanya.
Sudahlah tak membantu, apa yang lebih membuatkan dia kecewa usahanya juga tidak dihargai apabila masakannya dikritik tanpa rasa bersalah.
"Belum lagi dok kritik makanan tak kena dengan tekak blabla. Basuh pinggan sendiri pun tak.
MENARIK DIBACA: Perkahwinan 25 tahun musnah, isteri kecewa suami makan kek keju miliknya tanpa izin
MENARIK DIBACA: Kenyataan ‘lelaki lagi power masak’ cetus perdebatan, netizen tak puas hati pertahan kehebatan wanita dalam dunia kulinari
"Nak buang sampah pun kena tunggu 3–5 'business days'. Last sekali perempuan juga yang kena buang," ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan sikap pilih bulu ibu bapa terhadap anak lelaki dan anak perempuan.
Menurutnya, pemikiran bahawa kerja rumah hanya untuk perempuan sepatutnya dilupuskan kerana tidak relevan lagi pada zaman sekarang.
"Jatuh maruah lelaki ke kalau basuh pinggan, tolong masak, tolong potong? Terus jadi pondan ke? Teruskanlah 'mindset' dapur ni untuk perempuan je.

"Sampai mampos jadi laki yang tak guna! Kalau ada laki luar sana yang tolong mak/bini/kakak/adik korang kat dapur, ha bagus. Aku 'respect'," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman serupa, malah ada yang menyokong agar kerja rumah sepatutnya dibahagikan sama rata.
"Family belah saya banyak macam ni. Tak semua tapi dalam 80 orang tu seorang dua je yang bukan jenis macam ni.
"Bukan seorang je macam ni, balik-balik acah dialah terpaling penat. Buang sampah cuci tandas pun boleh berkulat kalau tunggu dia," antara komen netizen.