info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Makanan, minuman manis punca kulat faraj makin teruk... Rendahkan sistem imunisasi

Lead Image

RAMAI wanita tidak menganggap masalah kegatalan dan keputihan sebagai isu serius, menyebabkan mereka cuma menahan sakit tanpa mendapatkan rawatan.

Hakikatnya, keadaan itu boleh menjadi semakin serius jika dibiarkan berlarutan terutama apabila melibatkan jangkitan kulat faraj.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pakar Kesihatan Wanita, Dr Asyikin menerusi satu perkongsian di Threads yang mendapat perhatian netizen.

Pakar wanita jelaskan kulat faraj menggemari gula kerana ia membantu pembiakan kulat dalam badan.

Menurut doktor itu, masih ramai wanita memilih untuk berdiam diri walaupun mengalami simptom yang semakin teruk.

"Tiga minggu dah gatal teruk, keputihan makin banyak, berketul-ketul, ramai ya simpan diam-diam," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Sejarah Gardenia bermula di Sabah, teknik fermentasi dan 'rehat' rahsia roti lembut

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Tambah beliau, jangkitan kulat faraj atau 'vaginal candidiasis' boleh menyebabkan rasa gatal melampau di bahagian alat sulit sehingga ada yang menggaru tanpa henti hingga kulit melecet.

"Bahaya kulat faraj. Kegatalan terlampau asyik menggaru, end up kulit melecet.

"Skin infection makin gatal merenyam kalau makan manis," ujarnya lagi.

Menurut Dr Asyikin, kulat atau yeast sememangnya gemar kepada gula kerana ia menjadi ‘makanan’ untuk membantu pembiakan mikroorganisma tersebut.

Kurangkan makanan dan minuman manis untuk bantu kekalkan keseimbangan bakteria baik dalam badan wanita.

"Ya, vaginal candidiasis, yeast atau kulat faraj ni memang suka gula. 'Makanan' untuk membiak.

"High sugar juga ganggu bakteria baik dalam vagina dan lower your immune system," jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan supaya tidak memandang ringan simptom seperti kegatalan berpanjangan, keputihan luar biasa atau rasa pedih kerana ia mungkin petanda jangkitan yang memerlukan rawatan segera.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Makan 5 biji telur seminggu mampu kurangkan risiko Alzheimer - Kajian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Telur separuh masak, teh hijau 'sarapan ajaib' bantu individu nak cepat kurus

Terhangat