Resipi tulisan tangan arwah ibu dorong anak tunggal belajar masak, kini 'pakar' di dapur
SIAPAyangrapat dengan ibu pasti adapengalaman menjadi 'pemandu peribadi' wanita itu ke pasar, tukang beli barang keperluan malah menghabiskan masa bersama di dapur.
Situasi itu turut dilalui seorang wanita, qasehmy yang belajar memasak menerusi pengalaman bersama arwah ibu di dapur dan resipi ditinggalkan arwah.
Menerusi ruangan Threads, dia yang merupakan anak tunggal memberitahu dirinya tak begitu mahir memasak walaupun sering membantu arwah ibudi dapur.
"Masak saya mengaku tidak pandai. Mama pernah kata kat saya macam mana nak kahwin masak pun tak tahu. Masa tu tak hairan sangat tak fikir nak nikah sebab ada cita-cita perlu dikejar.

"Satu hal tentang aku, aku supir kepada mama. Teman mama ke pasar jaditahu jenis ikan dan sayur cumanya saya tak masak.
"Masak ringkas macam nasi goreng bawang, telur goreng, telur dadar, mi segera saya tahu," kongsinya.
Bagaimanapun katanya, dia kerapmasuk ke dapur sehingga ibunya naik rimas lantas menyuruhnya pergi menontontelevisyen dan sebagai anak tunggal pastinya dia gembira.
MENARIK DIBACA:Dua tahun buat eksperimen tapak, peniaga dedah realiti mengejutkan bisnes bazar Ramadan
MENARIK DIBACA:Cuaca tak menentu jejas jualan, ini cabaran peniaga bazar Ramadan
"Cumanya, ingatan saya eidetik dan boleh ingat bahan diperlukan untuk masak, cara basuh ikan, cara potong sayur sebagainya.
"Beberapa bulan sebelum meninggal, mama tulis dua resipi iaitu kari dan sambal tumis sebab ni masakan kegemaran saya dan mama mesti masak apabila balik Pulau Pinang.
"Saya simpan, siap amik gambar senang nak rujuk kononnya," katanya.
Wanita itu juga mendedahkan selepas beberapa tahun pemergian ibunya dia tak pernah berhasrat untuk mencuba resipi ditinggalkan arwahsehinggalah pengumumanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, ketika itu ada peniaga mempromosikanbarang basah siap dicuci, dipotong dan dihantar ke rumah.
"Jadi, saya pun terus membuat keputusan untuk cuba memasak. Ketika itu agak terkial juga mana nak tengok resipi mana nak masuk bahan.

"Saya tengok pun risau tak jadi, tapi tawakal tak kan nak buang. Alhamdulillah, cubaan kali pertama masak kari berjaya dan rasa sama macam kari mama masak, cuma sedih tak dapat kongsikan momen dengannya," luahnya, sayu.
Kejayaan itu mendorong dirinya untuk terus mencuba aneka resipi bermula dari masak lemak cili api, lemak putih, masak asam, sup, sambal berlado, 'buttermilk' dan goreng kunyit.
Lebih menarik, katanya, sajian yang dimasak juga pernah dikongsikan kepada 'calon pasangan' dan mendapat pujian namun mereka tiada jodoh.
Dalam perkongsian lain, wanita ini turut memuat naik gambar resipi ditinggalkan ibunya untukwarga maya yang mahu mencuba keenakan kari ayam arwah..