Gara-gara ‘craving’ puding karamel KA, tak fasal-fasal tangan wanita ini melecur
GARA-GARA cuba memasak resipi puding Karamel inspirasi daripada Khairul Aming (KA), seorang wanita mengalami kecederaan dan melecur di bahagian lengan.
Wanita dikenali sebagai Baby Araa itu berkata kemalangan tersebut berlaku selepas tangannya terkena wap panas ketika membuka penutup periuk pengukus.
“Penangan pudding caramel Khairulaming, nasib jadi tau! Sahur di hospital la kita hari ni.

"Dah lama tak buat benda yang memerlukan pengukus. Dah dekat last step pula, terciduk.
"Selalu buka penutup sikit dulu bagi wap dia keluar, tak tahu kenapa semalam terus buka je," tulisnya di laman Threads.
Tambah Baby Araa, dia mengalami kecederaan melecur tahap kedua (second degree burn) dan telah pun mendapatkan rawatan di hospital.
“Baru nak on the way balik. Dah siap cuci. Sebelum cuci nampak macam first degree burn.
MENARIK DIBACA: Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas
MENARIK DIBACA: Kebas kaki dan tangan petanda gula meroket, 3 bahan ini bantu legakan masalah saraf
"Tapi selepas cuci baru nampak second degree burn. Isnin kena pergi hospital balik untuk check luka," jelasnya.
Meskipun tercedera, dia tetap gembira sebab berjaya memenuhi keinginan mengikut resipi pempengaruh tersebut.
“Aku tak rajin nak buat pukul 2-3 pagi sebenarnya. Tapi sebab tengah preggy, craving punya pasal. Kebetulan barang pun ada, so sajalah buat," ujarnya
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa simpati melihat keadaan tangannya yang melecur itu.

Malah tak kurang juga yang memberi tip keselamatan ketika menggunakan pengukus agar perkara sama tidak berulang.
"Ya Allah teruknya sis! Cara terbaik kalau jadi macam ni jangan sapu benda asing macam kicap, colgate!
"KA kan dah warning caramel tu memang panas, salah step boleh melecur.
"Kalau kena macam ni, patutnya alirkan dengan air 10 minit at least untuk bagi kurang kesan lecur," komen netizen.