KUALI | Trending

Harga 'king of cheese' boleh cecah RM800 juta! Bank di Itali terima jadi cagaran pinjaman

Lead Image

BIASANYA pihak bank hanya menerima cagaran sebagai jaminan pinjaman dalam berbentuk aset atau barangan berharga seperti rumah, tanah, kenderaan, saham dan emas.

Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pihak bank bahawa peminjam akan memulangkan pinjaman yang dibuat dalam tempoh ditetapkan.

Sekiranya gagal, bank berhak melelong aset tersebut bagi membayar semula hutang tertunggak.

Namun berlainan pula dengan sebuah bank di Itali iaitu Credito Emiliano yang menerima keju jenis parmigiano-reggiano atau keju parmesan untuk dijadikan cagaran di bank.

Satu ruangan khas tersedia di bank Credito Emiliano untuk menyimpan ribuan roda keju Parmigiano-Reggiano.

Keju yang digelar King of Cheese itu diterima sebagai cagaran disebabkan ia mempunyai nilai tinggi dan berharga di Itali.

Selain itu, tujuan utama bank berkenaan membenarkan keju parmesan dijadikan cagaran kerana mahu membantu pengussaha keju terus bertahan dalam perniagaan mereka.

Memetik laporan Oddity Central, kaedah yang dilakukan bank Credito Emiliano ini bukan perkara baru sebaliknya telah wujud sejak tahun 1953 lagi.

MENARIK DIBACA: [V] Erra Fazira belum sempat masak untuk suami, sekadar panaskan lauk beli di kedai

MENARIK DIBACA: Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

Walaupun jaminan berupa keju tidak terdengar semewah emas dan berlian, namun siapa sangka keju yang disimpan di bank Credito Emiliano boleh mencapai nilai sehingga AS$200 juta (RM811 juta).

Menariknya, bank yang banyak ditemui di bahagian tengah dan utara Itali itu hanya mengenakan kadar faedah rendah kepada pengusaha keju iaitu sebanyak tiga persen sahaja.

Bahkan mereka juga dikenakan biaya pemeliharaan keju yang sangat kecil selama proses pembayaran pinjaman masih berlangsung.

Sebiji keju Parmigiano-Reggiano memiliki berat antara 38kg hingga 40kg.

Di setiap bank Credito Emiliao, terdapat satu ruangan khas untuk menyimpan ribuan roda keju parmesan dengan suhu ruang yang dapat diatur mengikut kesesuaian musim.

Bahkan, terdapat petugas keselamatan ditempatkan di ruang penyimpanan tersebut kerana nilainya yang dianggap setara dengan harta berharga.

Sebiji keju yang memiliki berat antara 38 kilogram hingga 40 kilogram ini diperbuat daripada 550 liter susu dan memiliki rasa berlemak.

Di sisi lain, pihak bank sebenarnya tidak memiliki risiko dengan menerima keju ini sebagai jaminan, kerana keju yang dicagarkan itu akan dijual semula dengan harga sangat tinggi jika mereka gagal melunaskan hutang.

Dianggarkan, satu roda keju memiliki nilai sehingga €1,100 (RM5,222).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ketahui bahaya 'fried rice syndrome', tabiat goreng semula nasi sisa boleh undang maut!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Sayur kubis naik takhta, bakal jadi menu trending 2026

Terhangat