info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Sukar tinggal 'craving' manis? Shakilla Khoriri bagi tip mudah, netizen pun kongsi amalan

Lead Image

RASA teringin menikmati makanan manis seperti kek, coklat, aiskrim dan kuih muih sememangnya sukar dibendung lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang gemar menikmati hidangan sebegitu.

Ada kalanya, keinginan untuk makan manis bukan disebabkan perut lapar sebaliknya sekadar teringin (craving) sehingga seseorang sukar menahan godaan.

Pelakon, Shakilla Khoriri turut mengalami perkara sama, namun dia berjayal mengawal diri daripada terus mengambil makanan dan minuman manis selepas mengamalkan rutin minum kopi tanpa gula.

Americano tanpa gula bantu Shakilla Khoriri tidak ambil lagi makanan dan minuman manis.

Menerusi perkongsian di Threads, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 37, berkata dia pernah mengamalkan rutin minum kopi hitam iatu Americano pada setiap pagi selama dua minggu.

"Seorang pengguna tanya cara untuk hentikan keinginan terhadap pencuci mulut.

"Saya kongsi apa yang saya buat. Setiap pagi saya minum kopi tanpa gula macam Americano.

"Tak boleh telan yang panas, ambil sejuk. Saya minum setiap hari selama dua minggu," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Minum air jintan manis, wanita dakwa banyak masalah berkaitan perut selesai!

MENARIK DIBACA: Lemak manis, lembut 'gedik-gedik'... Kaswi jagung bersantan bikin anda jatuh cinta

Hasilnya, selepas dua minggu Shakilla berkata tekaknya mula 'serasi' dengan rasa pahit, sekali gus membuatkan dia tidak teringin dengan makanan manis.

"Lepas tu tekak saya tak lalu nak makan manis. Serius saya cakap," katanya.

Tip yang dikongsikan pelakon yang pernah membintangi drama Bisik-Bisik Gelora itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi kaedah yang mereka amalkan.

Beberapa pengguna Threads turut berkongsi cara masing-masing.

"Saya minum green tea hari-hari, berjaya lima bulan potong gula.

"Makan coklat gelap 99.99 peratus, InsyaAllah menjadi. Tolong cuba okay!

"Kalau tak minum kopi, boleh ganti dengan air limau tanpa gula. Memang 'auto' tak makan manis," kongsi beberapa netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Memasak terapi Fiza Sabjahan - "Dapat curi masa seminggu sekali pun dah cukup"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Bukan tak sedap, Dai Fuad dedah sebab tak selalu makan ayam gepuk

play

Terhangat