KUALI | Menu Selebriti

Jangan kutuk skill masak Nabila Razali, hanya suami je boleh - “Kalau kritik nyanyian saya okey”

Lead Image

PENYANYI Nabila Razali pernah dikritik suami kerana juadah yang dimasaknya tidak menepati dan cita rasa.

Nabila, 33, berkata, suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani memang seorang yang cerewet soal makanan namun tidak tersinggung masakannya dikritik.

"Suami saya memang cerewet, dia nak makan makanan yang betul-betul menepati selera dan cita rasanya.

Nabila mendedahkan suaminya, Nik Iruwan memiliki selera makan yang agak cerewet dan perlu kena dengan tekaknya.

"Masakan saya sendiri pernah ditegur suami kerana tidak menepati seleranya tapi kritikan itu masih bersifat diplomatik dan tidak mengores perasaan," katanya kepada Kuali.

Bagaimanapun kata Nabila, dia sebenarnya tidak boleh terima jika masakannya dikritik kerana menganggap masakannya sudah cukup sedap.

Malah seloroh Nabila, skil memasaknya lebih 'sedap' berbanding nyanyiannya.

MENARIK DIBACA: Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

MENARIK DIBACA: Resipi ikan kembung air asam punyalah senang, tapi buat makan tak ingat dunia

"Senang cakap sebenarnya saya tidak boleh terima kritikan dalam masakan.

 

"Saya tidak ada masalah kalau nyanyian saya dikritik, sebab saya rasa masakan saya sedap," ujarnya.

Menyentuh perkembangan anak sulungnya, Nik Muhammad Nik Iruwan, 1, Nabila menitik beratkan soal pemakanan dengan memberikan makanan berunsurkan organik.

Bergelar seorang ibu, Nabila mahu memberikan sumber terbaik seperti makanan organik untuk anaknya, Nik Muhammad.

Kata Nabila, pemakanan putera kesayangannya itu agak sensitif, namun dia tidak mahu terlalu bergantung kepada makanan organik sepenuhnya supaya tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan.

"Alhamdulillah Muhammad memang suka makan walaupun menunya sentiasa berubah-ubah tapi kebanyakan makanannya adalah berasaskan organik.

"Tetapi tidaklah kesemuanya organik kerana saya tetap memberikannya makanan biasa supaya terbiasa," katanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Alvin Chong lebih suka 'steamboat', dah bertahun keluarga tak hidang Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] “Arwah mak malu kalau orang perempuan tak pandai masak” - Fauziah Ahmad Daud

Terhangat