info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Lauk telur pedas bilis nampak je ringkas, sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi

Lead Image

ADA kalanya, lauk ringkas sudah cukup untuk membangkitkan selera apabila dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi yang buntu memikirkan menu harian, resipi telur hancur sambal ikan bilis ini boleh dijadikan pilihan kerana ia menggabungkan telur, ikan bilis goreng rangup serta sambal pedas.

Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan, sesuai dijadikan lauk ringkas untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga.

Apa kata anda cuba sendiri hidangan menyelerakan ini seperti yang dikongsikan pempengaruh masakan, Ahmad dalam TikTok miliknya.

Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur (digoreng dan dihancurkan)
  • 2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
  • Minyak masak

Bahan kisar

  • 2 tangkai cili besar merah
  • 6 tangkai cili padi (campur merah dan hijau)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Bahan perasa

  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Kicap manis secukupnya

MENARIK DIBACA: Spageti goreng versi 'terangkat', sos tiram dan pes kacang soya rahsia kesedapan

MENARIK DIBACA: Snek diet tak perlu masak! Timun viral pedas manis gaul-gaul siap

Penyediaan

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, tos dan ketepikan.
  2. Goreng telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan sedikit kicap manis. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan telur dan ikan bilis yang telah digoreng.
  6. Gaul perlahan-lahan hingga semua bahan sebati dan bersalut dengan sambal.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Gaul perlahan-lahan selepas masukkan telur supaya ia tidak terlalu hancur. Masukkan ikan bilis akhir sekali supaya teksturnya kekal rangup

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Kawan ajar masak daging kicap 'Chinese style', wanita akui lebih sedap daripada resipi biasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Cara buat kuih kasturi 'anti gagal'! Mudah, tak rumit seperti disangka

Terhangat