info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Kawan ajar masak daging kicap 'Chinese style', wanita akui lebih sedap daripada resipi biasa

Lead Image

NAMPAK macam lauk biasa, tetapi daging masak kicap ini rupanya boleh buat suami dan anak-anak makan bertambah!

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berkongsi resipi yang dipelajarinya daripada seorang rakan berbangsa Cina.

"Saya ingat daging kicap dah paling sedap, sekali kawan Chinese ajar 'style' ni. Lah, suami saya makan menambah!" ujarnya.

Berbeza daripada cara biasa, resipi ini menggunakan beberapa bahan tambahan untuk menghasilkan rasa yang lebih menyelerakan.

Perkongsian di laman Threads

Bahan-bahan

  • Daging secukupnya (sedap ditambah sedikit lemak)
  • Bawang putih secukupnya
  • Halia (dicincang)
  • 1 biji bawang Holland (dipotong kasar)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sos tiram secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Bijan sangai secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

MENARIK DIBACA: Bergedil rangup di luar, dalam penuh daging... Cecah sambal kicap memang 'layan'

MENARIK DIBACA: Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak

Cara penyediaan

  1. Gaulkan daging bersama satu sudu kecil kicap cair, sos tiram dan tepung jagung. Perap selama 10 minit supaya bahan perapan meresap ke dalam daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging menggunakan api besar sehingga permukaannya bertukar warna. Angkat dan ketepikan. Kaedah ini sesuai untuk daging yang cepat empuk.
  3. Gunakan kuali yang sama dan tumis bawang putih, halia, bawang Holland, cili merah serta cili hijau sehingga naik bau.
  4. Masukkan semula daging yang digoreng tadi ke dalam kuali. Tambahkan serbuk jintan, serbuk cili, kicap pekat dan kicap cair. Gaul rata sehingga semua bahan bersalut pada daging.
  5. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu. Kacau sehingga sebati dan pastikan daging masak sempurna.
  6. Akhir sekali, taburkan bijan sangai di atas daging sebelum dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Sedapnya kari kepala ikan merah 'homemade', makan seorang pun boleh habis

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Lauk telur pedas bilis nampak je ringkas, sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi

Terhangat