Sotong tumis cili bersantan, hidu aroma pun dah kecur liur
DALAM peti sejuk ada sotong, tapi buat sambal sudah, goreng kunyit dan masak kicap pun sudah!
Apa kata anda cuba resipi pempengaruh TikTok, thecookwife ini iaitu sotong tumis cili bersantan.
Nampak macam masak lemak, namun kuahnya lebih pekat dengan sedikit rasa masam dari air asam jawa.
Ditambah pula dengan aroma daun kunyit, pasti kecur air liur anda dibuatnya.
Apa tunggu lagi? Jom cuba buat!

Bahan-bahan
- 5-6 ekor sotong (dicuci dan dihiris)
Bahan A
- 1 biji bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 2-3 tangkai cili merah
- 4-5 biji cili padi
Bahan B
- 1 batang serai (dititik)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 kotak santan
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- Serbuk cendawan
- Garam
- 1 helai daun kunyit
- Minyak masak
MENARIK DIBACA: Rahsia kuah sambal sotong enak, tektur sempurna... Kena pandai kawal api, tempoh memasak jangan lama!
MENARIK DIBACA: Tak sampai 5 minit masak singgang sotong, campak-campak jadi!
Langkah penyediaan
- Panaskan minyak kemudian masukkan dua batang serai yang dititik.
- Kisar halus bahan A lalu tumis sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kunyit dan sos tiram, kacau sebati.
- Masukkan air asam jawa dan santan lalu biarkan seketika sehingga sehingga pecah santan.
- Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan sehingga semua bahagian sotong bersalut dengan kuah.
- Tuangkan air secukupnya kemudian perasakan dengan serbuk cendawan dan garam.
- Biarkan seketika sehingga sotong masak.
- Taburkan daun kunyit untuk aroma lebih memikat.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.
