Buat mayonis guna telur mata... Enak sapu pada roti, dijadikan pencecah
KITA semua tahu bahawa bahan utama untuk menghasilkan mayonis adalah telur.
Di media sosial, ramai berkongsi cara membuat mayonis 'homemade' menggunakan telur rebus.
Bagaimanapun, berbeza dengan resipi mayonis yang dikongsikan pempengaruh masakan dari Indonesia menerusi akaun Facebooknya, Masakan Mak Jemah.
Masih menggunakan telur sebagai bahan asas, wanita yang mesra disapa Mak itu bagaimanapun menggunakan telur goreng mata kerbau yang dikisar halus.
Tertanya-tanya bagaimana hasilnya?
Jom cuba resipi yang dikongsikan.
Bahan-bahan
- 5 kpeing telur goreng
- 3 sudu jus limau nipis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu gula
- Serbuk lada hitam (secukupnya)
- Minyak
- Air
MENARIK DIBACA: Buat sendiri mayonis guna telur rebus, tak sangka sangat mudah
MENARIK DIBACA: Dari medan perang ke meja makan, ini sejarah terciptanya mayonis
Langkah penyediaan
- Masukkan telur yang telah digoreng ke dalam mesin pengisar.
- Tambahkan semua bahan. Pastikan sukatan air dan minyak tidak terlalu banyak.
- Kisar semua bahan tadi sehingga lumat.
- Mayonis siap dan sedia dijadikan pencecah.

