Acik kantin kongsi cara masak ayam goreng budak sekolah, modal kecil tetap sedap!
BUKAN mudah untuk pengusaha kantin sekolah menyediakan hidangan enak dan memenuhi cita rasa murid-murid, lebih-lebih lagi ketika harga barang mentah semakin meningkat.
Situasi ini mendorong seorang pengusaha kantin sekolah berkongsi resipi ayam goreng yang bukan sahaja mudah disediakan, tetapi mampu menghasilkan rasa persis ayam goreng dibeli di premis luar sekolah dengan kos lebih rendah.
"Makcik kantin nak jual mahal-mahal tak boleh sebab harga ikut tender. Harga barang naik atau turun tetap tak berubah. Jadi, mari makcik kantin nak kongsikan sedikit ilmu, ayam goreng budak sekolah.

"Tapi rasa macam beli di luar juga cuma kos murah sikit. Kalau masak dengan ikhlas mesti sedap. Nanti ada kelapangan saya kongsikan pula cara buat kuah Korea.
"Masakan saya banyak simple dan tak guna banyak barang tapi rasa janji sedap. Saya halalkan ilmu ini untuk siapa-siapa nak guna. Doakan saya murah rezeki selalu," kongsinya di Threads.
MENARIK DIBACA: Amal minum air cengkih dan bawang putih... Badan rasa ringan, lebih bertenaga
MENARIK DIBACA: Buat 'masker' guna madu, telur bantu remajakan kulit wajah
Menerusi ruangan komen, pengusaha kantin ini turut berkongsi cara menyediakan bahan salutan dan teknik menggoreng ayam bagi mendapatkan hasil rangup di luar dan berjus di dalam.
"Guna garam dan pewarna merah oren, tepung dan sedikit air untuk salut tepung kering nanti. Gula dan telur juga tak digunakan dalam resipi ini.
"Jadi guna air tepung untuk jadikan salutan ayam.

"Minyak pula kena banyak dan betul-betul panas ketika menggoreng ayam. Api jangan pula terlalu besar atau kuat," jelasnya.
Wanita ini turut memberitahu dia menjual ayam goreng Korea pada harga RM3 setiap satu dan RM4 bersama dengan nasi.
Perkongsian ini bukan sahaja memberi idea kepada individu ingin mencuba resipi ayam goreng bajet di rumah, tetapi memperlihatkan usaha pengusaha kantin mencari cara untuk mengawal kos tanpa mengabaikan rasa hidangan.
