Ada masalah badan, nafas berbau? Amal minum minuman dibuat guna rempah ratus
MASALAH bau badan dan mulut bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri, malah berpotensi mengganggu keselesaan orang di sekeliling terutama ketika berkomunikasi dari jarak dekat.
Sebenarnya, bau badan boleh berpunca daripada peluh yang berinteraksi dengan bakteria pada kulit, manakala nafas berbau pula mungkin berkaitan dengan kebersihan mulut, masalah gigi dan gusi atau keadaan kesihatan tertentu.
Selain menjaga kebersihan diri, terdapat petua yang boleh diamalkan di sebagai ikhtiar tambahan untuk membantu menyegarkan tubuh iaitu dengan mengamalkan minum minuman diperbuat daripada beberapa jenis rempah ratus.
Berikut petua yang boleh dicuba untuk menghindari masalah bau badan dan mulut:

Bahan-bahan
- 4-6 kuntum cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 1/2 biji limau nipis
- 1 sudu teh madu
- Air (secukupnya)
MENARIK DIBACA: Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"
MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
Cara penyediaan
- Masukkan cengkih, kulit kayu manis dan halia ke dalam periuk berisi air.
- Didihkan campuran tersebut selama kira-kira 10 hingga 15 minit sehingga air berubah warna menjadi kecoklatan dan mengeluarkan aroma rempah.
- Tutup api dan biarkan air rebusan suam sebelum ditapis ke dalam cawan.
- Perahkan sedikit jus limau nipis dan tambahkan madu mengikut cita rasa.
- Kacau hingga sebati sebelum diminum.
Tip tambahan: Gunakan madu secara sederhana dan elakkan pengambilan kulit kayu manis secara berlebihan atau berpanjangan, khususnya jenis cassia yang mengandungi kumarin.
