info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Resipi Sambal Nyet Bilis KA kembali tular, boleh buat sendiri - "Kita je yang lalai"

Lead Image

SETIAP kali nak beli Sambal Nyet Bilis yang dikeluarkan usahawan Khairul Aming (KA) mesti ‘sold out’, apa kata kali ini cuba buat sendiri?

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, tanpa kita sedari sebenarnya KA sendiri pernah berkongsi resipinya menerusi video masakan pada 2023.

“KA dah share resipi Sambal Nyet Bilis 2023. Korang je lalai,” kongsinya.

Kalau teringin nak rasa sambal hijau bilis yang pedas, masin dan cukup menyelerakan, apa kata cuba buat sendiri di rumah.

Perkongsian video KA kembali tular di laman Threads.

Jom Kuali kongsikan resipinya.

Bahan-bahan

  • Ikan bilis secukupnya
  • 12 biji lada hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji tomato hijau
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

MENARIK DIBACA: Sambal pahit sebab hangit masih boleh diselamatkan guna petua-petua ini

MENARIK DIBACA: “Niat betul-betul nak bawa suami” - Pembeli terpantas sambal KA

Cara penyediaan

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, goreng lada hijau, cili padi hijau, bawang merah dan tomato hijau.
  3. Tutup kuali dan biarkan bahan-bahan tersebut sehingga layu.
  4. Setelah layu, angkat semua bahan dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat.
  5. Panaskan semula sedikit minyak dan tumis sambal yang telah ditumbuk.
  6. Masukkan tiga helai daun limau purut dan tumis sehingga sambal naik bau.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
  8. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
  9. Sambal hijau bilis ala KA sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Bergedil rangup di luar, dalam penuh daging... Cecah sambal kicap memang 'layan'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Cara buat nasi kuning Pantai Timur, terbaik makan dengan gulai pekat ikan aya

Terhangat