Senang sangat cara buat sambal penyet, influencer Indonesia kongsi rahsia tak cepat basi
PASTI ramai di sini penggemar hidangan popular asal Indonesia iaitu ayam penyet.
Apa membuatkan hidangan tersebut digemari ramai adalah kerana sambalnya yang sedap dan pedas.
Sebenarnya sambal penyet mudah sahaja untuk disediakan, malah tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk dengan cara yang betul.
Bahan digunakan pun tidaklah begitu rumit, semuanya ada di dapur rumah anda.
Nak tahu bagaimana caranya? Jom Kuali tunjukkan cara resipi sambal penyet seperti yang dikongsikan oleh influencer asal seberang dalam Facebook miliknya, @dapurnovita.
MENARIK DIBACA: Hari Makanan Sedunia 2025, penyelesaian krisis air diberi tumpuan
MENARIK DIBACA: [V] Macam cucur tapi ada beza bahan-bahan buat bakwan jagung
Bahan-bahan
Bahan A
- 10 ulas bawang merah
- 10-15 cili padi
- 5 tangkai cili merah
- 1 biji tomato
- Belacan
Bahan B
- Gula merah
- Garam
- Gula
- Penyedap rasa
Langkah penyediaan
- Goreng semua bahan A sehingga layu kemudian angkat dan toskan.
- Tumbuk kasar bahan yang digoreng tadi dengan lesung batu.
- Masukkan bahan B secukupnya dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan. Sangat sedap dimakan bersama ayam dan ikan goreng. Juga boleh dimakan bersama ulam-ulaman.