Ini resipi ikan pekasam cara orang lama, memang bertambah nasi dibuatnya!
IKAN perkasam memang akan dicari-cari sebagai lauk pembuka selera apabila bosan dengan hidangan lain.
Rasanya unik, masam-manis dan sedikit pedas mampu membangkitkan selera yang hilang.
Lagilah sedap kalau perkasam itu dibuat cara tradisional ikut resipi lama yang diwarisi dari nenek moyang, memang bertambah nasi.

Proses pembuatannya teliti dan bahan-bahan asli memberikan keenakan yang tak dapat ditandingi menjadikan lauk ini bukan sahaja enak dimakan tetapi juga penuh dengan rasa cara lama.
Antara ikan perkasam yang sering digunakan dan menjadi pilihan popular ramai ialah gelama, kerisi, tilapia dan sepat.
MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam
MENARIK DIBACA:Aliff Syukri tunjuk cara buat kerabu sare Kelantan… Rasa pedas, masam dan berlemak buat ramai terpikat
Bahan-bahan
- 1 kg ikan kerisi
- 3 sudu besar garam kasar
- 1/2 cawan beras sangai
- 2–3 sudu besar asam keping atau 1/4 cawan air asam jawa pekat
- 1/2 cawan nasi sejuk
Cara penyediaan
- Bersihkan ikan kerisi dan cuci hingga bersih. Toskan air dan gunakan tisu dapur jika perlu supaya ikan benar-benar kering.
- Lumurkan garam kasar pada seluruh bahagian ikan termasuk bahagian dalam untuk perapan.
- Susun dalam bekas bertutup dan perap semalaman (6–12 jam) dalam peti sejuk atau suhu bilik.
- Goreng beras tanpa minyak (sangai) hingga kekuningan dan naik bau.
- Tumbuk atau kisar beras tersebut hingga menjadi serbuk kasar.
- Campur bahan peram seperti beras sangai, nasi sejuk, air asam jawa, cili padi tumbuk dan gaul semua hingga menjadi pes yang sedikit basah.
- Ambil ikan yang telah diperap garam. Salutkan setiap ekor ikan dengan pes beras tadi dan pastikan seluruh ikan disalut rata.
- Susun ikan dalam bekas bertutup rapat (sebaiknya balang kaca atau plastik) kemudian tekan sedikit agar padat dan tiada ruang udara antara ikan.
- Simpan di tempat teduh pada suhu bilik selama 3–7 hari.