KUALI | Resipi Tradisi

Sambal tempoyak ayam masakan paling ‘malas’ tapi buat bertambah nasi

Lead Image

PERNAH tak bila tengah semangat nak memasak, baru perasan ada beberapa bahan tiada di dapur?

Daripada semangat terus jadi rasa malas sehinggakan ‘mood’ memasak pun hilang. 

Jangan risau, kali ini Kuali nak kongsi resipi ‘pemalas’ iaitu sambal tempoyak ayam yang sedap, beraroma dan menyelerakan.

Tanpa bawang juga boleh hasilkan rasa lauk yang padu.

Bahan-bahannya pula memang cukup simple malah tidak menggunakan bawang merah, bawang putih mahupun halia.

Sambal tempoyak ayam ini sesuai dijadikan lauk ringkas ketika hari bekerja mahupun nak jamu tetamu dengan masakan kampung.

Berikut resipi sambal tempoyak ayam yang anda boleh cuba di rumah:-

MENARIK DIBACA: Ini resipi ikan pekasam cara orang lama, memang bertambah nasi dibuatnya!

MENARIK DIBACA: Rindunya nak makan bubur sumsum, ada cara mudah nak buat macam beli dekat bazar Ramadan!

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (dipotong sederhana)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 10 hingga 15 biji cili api (ikut selera)
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ cawan air
  • 1 helai daun kunyit, dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  2. Dalam pengisar, kisar tempoyak, cili api dan kunyit hidup hingga halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam periuk, tambahkan sedikit air dan masak atas api sederhana.
  4. Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya untuk seimbangkan rasa masam tempoyak.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan hirisan daun kunyit, kacau hingga sebati
  7. Siap untuk dihidang — makan dengan nasi panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi nasi goreng pegaga buat ibu berpantang, bantu pulihkan tenaga selepas bersalin 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Senang sangat cara buat sambal penyet, influencer Indonesia kongsi rahsia tak cepat basi

Terhangat