KUALI | Trending

Hari Makanan Sedunia 2025, penyelesaian krisis air diberi tumpuan

Lead Image

HARI Makanan Sedunia pertama kali diisytiharkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) pada tahun 1981, bersempena dengan penubuhannya pada 16 Oktober 1945.

Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang masalah kelaparan global dan mempromosikan ketahanan makanan selain membolehkan semua orang memiliki akses kepada makanan cukup, bergizi dan berterusan.

Tumpuan ini bagaimanapun semakin mendalam kerana dunia terus berdepan dengan pelbagai cabaran besar termasuk perubahan iklim, ketimpangan sosial-ekonomi dan pembaziran makanan semakin meningkat.

Perangi pembaziran makanan dan penggunaan air berlebihan.

Pada 2025, krisis air pula menjadi salah satu fokus utama kerana kajian melaporkan lebih daripada dua bilion penduduk di seluruh dunia tinggal di kawasan menghadapi tekanan air rendah.

Penggunaan air tidak efisien, pencemaran sumber air dan kegagalan pengurusan sumber air lestari memburukan masalah ini.

Dalam sektor pertanian menyumbang lebih daripada 70 peratus daripada penggunaan air global, krisis air berpotensi untuk merosakkan hasil pertanian dan mengancam ketahanan pangan.

MENARIK DIBACA: Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini

MENARIK DIBACA: Setiap negeri ada keunikan tersendiri, jenis laksa mana kegemaran anda?

Tanpa pengurusan air cekap dan bertanggungjawab, banyak negara dan kawasan akan terdedah kepada kelaparan, kekurangan sumber makanan, dan kemerosotan kualiti hidup.

Oleh demikian, tahun ini tema sambutan ‘Air Adalah Kehidupan, Air Adalah Makanan. Jangan Biarkan Mengeringdiketengahkan bagi mengingatkan masyarakat tentang kaitan erat antara air dan pengeluaran makanan.

Kurangkan pembaziran makanan.

Hari Makanan Sedunia 2025 bukan hanya tentang mengenang sejarah, tetapi juga mencari jalan penyelesaian.

Dengan tindakan kecil dari setiap orang, kita dapat bersama-sama memastikan ketahanan makanan dan kelestarian sumber air untuk masa depan lebih cerah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nenek moyang kita tak makan nasi? Ini fakta menarik makanan ruji orang Melayu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Sate tanpa daging jadi fenomena, hanya jilat perasa atas lidi

Terhangat