KUALI | Sihat

Ada buah tak selamat dimakan ketika diet... Salah pilih gula melonjak, lemak 'terkunci' di perut

Lead Image

BUAH sering dianggap sebagai makanan paling selamat untuk mereka yang ingin mengawal berat badan atau menjalani diet sihat.

Bagaimanapun, tak semua buah beri kesan sama terhadap tubuh, terutama bagi individu menghadapi masalah diabetes atau obesiti.

Pengguna Threads dikenali sebagai Tengku Asmadi, berkongsi pandangan mengenai pemilihan buah yang tepat untuk diet sihat.

“Ramai ingat semua buah sihat untuk diet.

“Tapi kalau ada masalah diabetes atau berat susah nak turun, salah pilih buah boleh jadi 'suis' simpan lemak selama 24 jam,” kongsinya.

Menurut pakar motivasi itu, antara buah sering disebut-sebut kebaikannya untuk diet adalah buah naga dan pisang.

Dari segi biologi, buah naga dikatakan lebih sesuai untuk individu mengamalkan diet rendah gula atau menghidap kencing manis.

MENARIK DIBACA: Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

Ini kerana indeks glisemik (GI) buah itu rendah, membolehkan gula masuk ke dalam darah secara perlahan.

"Paling terkejut, biji-biji hitam kecil tu sebenarnya adalah prebiotik atau 'baja' untuk 'makhluk halus' (bakteria baik) dalam usus.

"Usus sihat, imun kuat, berat pun senang turun! 

Kandungan gula tinggi dalam pisang boleh beri kesan terhasap pesakit diabetes.

"Mineral magnesium  juga membantu sel badan lebih sensitif terhadap insulin, menjadikan tubuh lebih efisien memproses gula," kongsinya lagi.

Pisang pula, katanya, sesuai sebagai sumber tenaga segera, contohnya sebelum bersenam.

Buah naga didapati mengandungi kandungan gula lebih rendah.

Bagi pesakit diabetes, pisang boleh menjadi ‘perangkap’ kerana GI meningkat apabila buah semakin masak.

“Pisang ni bagus untuk tenaga ekspres sebelum gimnasium,  tapi untuk diabetes, buah ini ada 'perangkap'.

“Lagi kuning atau masak pisang, lagi tinggi GI. Gula akan melompat tinggi dalam darah, memaksa insulin keluar banyak akhirnya badan akan 'kunci' lemak di bahagian perut. 

“Nak makan juga pisang cari masih ada hijau sikit di hujung ia tak naikkan gula tapi jadi makanan bakteria usus,” jelasnya sambil menyarankan pengambilan buah naga untuk tujuan diet.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Tak boleh hidup tanpa 'energy drink'? 'Wajib' tahu risiko, bahaya menanti anda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Cili yitu 'pedas manja' bantu latih deria rasa bayi... Buat pes lebih mudah, jimat masa di dapur

Terhangat