KUALI | Nutrisi

Rawat sakit lutut dengan sayur kobis? Pelik tapi ramai kata menjadi, ini penjelasan sains 

Lead Image

MUNGKIN ada berasa pelik atau tidak pernah dengar kaedah rawatan masalah sendi, sakit lutut atau bengkak menggunakan sayur kobis.

Lebih pelik cara itu dengan membalut anggota sakit dengan sayur tersebut bersama campuran beberapa bahan lain yang dikisar lumat.

Kedengaran agak anek namun cara itu sebenarnya telah lama diamalkan bahkan turut disarankan oleh pakar perubatan di barat.

Kobis mengandungi sebatian fitonutrien seperti glukosinolat dan flavonoid yang diketahui mempunyai sifat anti-radang. 

Beberapa kajian saintifik berskal kecil turut menunjukkan balutan daun kobis mungkin berkesan mengurangkan bengkak dan sakit berkaitan radang sendi (osteoarthritis) pada lutut, setanding dengan keberkesanan sesetengah gel penyejuk.

Hal ini kerana, kobis mengandungi sebatian fitonutrien seperti glukosinolat dan flavonoid yang bersifat anti-radang. 

Apabila digunakan secara topikal, sebatian ini dikatakan dapat membantu mengurangkan keradangan dan bengkak, selain memberi kesan menyejukkan untuk membantu melegakan kesakitan.

MENARIK DIBACA: Tingkatkan penghasilan susu ibu dan redakan sakit kepala, antara 8 kebaikan minum air rebusan halba

MENARIK DIBACA: Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

Jika ada yang ingin mencuba kaedah tersebut, berikut adalah cara-caranya;

  1. Simpan kobis sama ada hijau atau putih di dalam peti sejuk selama beberapa jam
  2. Keluarkan kemudian ceraikan daun kobis kepada beberapa helaian.
  3. Tampal pada bahagian yang sakit dan balut dengan plastik pembalut makanan.
  4. Biarkan beberapa jam atau semalaman.
  5. Lakukan selalu sehingga sakit lutut, sendi dan bengkak pulih.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Salmon kaya dengan omega-3, nutrisi penting bantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bukan hanya ikan haruan, cendawan pilihan bantu sembuh luka selepas pembedahan

Terhangat