info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Ramai setuju kek, kuih dan pastri perlu dibuat guna tepung beza jenama... Hasil lebih memuaskan!

Lead Image

PERNAH tak anda cuba buat kek dengan semua sukatan dan teknik sudah dipatuhi mengikut resipi, tetapi hasilnya mengecewakan.

Kek yang dibuat dengan teliti dan diharapkan masak sempurna sebaliknya menjadi keras atau tekstur kurang memuaskan.

Ramai tidak sedar punca berlakunya isu ini mungkin bukan disebabkan cara penghasilan, sebaliknya jenis tepung yang digunakan.

Walaupun menggunakan tepung gandum seperti mana disarankan dalam resipi, setiap jenama dijual di pasaran dikatakan mempunyai fungsi dan kegunaan berbeza.

Perkongsian pengguna Threads mencuri perhatian ramai.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang mengakui dia sendiri keliru ketika mahu membeli tepung gandum.

"Titik terendah bukan seorang bakers. Tepung gandum pun 'confius' mana satu nak guna," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengakui mereka turut berdepan masalah sama.

Ramai berpendapat tepung gandum tidak boleh digunakan sesuka hati untuk setiap jenis masakan, terutama bagi mereka yang gemar membuat kek dan pencuci mulut.

MENARIK DIBACA: 5 cili boh viral pilihan pengguna, masakan sedap macam dikisar sendiri

MENARIK DIBACA: Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda

Secara keseluruhannya, tiga jenama tepung gandum ini paling banyak diperkatakan dan sering menjadi pilihan pengguna:-

1. Cap Ros

Menurut netizen, jenama ini lebih sesuai digunakan untuk hidangan yang memerlukan tekstur lembut seperti roti jala. 

Tepung ini dikatakan menghasilkan adunan yang lebih ringan dan mudah dibentuk.

Komen netizen di laman Threads.

2. Cap Sauh

Ramai menganggap ia sebagai pilihan serba guna. 

Tepung ini sesuai digunakan untuk membuat cucur, pelbagai jenis kuih tradisional serta hidangan bergoreng kerana hasilnya lebih konsisten.

3. Baker's Choice

Jenama ini menjadi pilihan ramai yang gemar membuat kek, pastri dan pencuci mulut.

Tepung ini menghasilkan tekstur yang lebih halus sekali gus membantu mendapatkan kek yang lebih lembut dan menjadi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip ‘anti gagal’ buat cekodok pisang rangup, tak serap minyak... Bentuk pun bulat cantik

Terhangat