info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Gula dalam darah mungkin tinggi jika anda ada 6 masalah kulit ini

Lead Image

MASALAH gula tinggi dalam darah atau hiperglisemia kadangkala boleh dikesan melalui perubahan pada kulit. 

Selain rasa mudah dahaga dan kerap buang air kecil, paras gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering, gatal atau mengalami perubahan warna serta tekstur.

Walaupun tanda-tanda ini tidak semestinya bermakna seseorang menghidap diabetes, perubahan kulit yang berterusan wajar diberi perhatian, terutama jika disertai gejala lain. 

Berikut merupakan beberapa keadaan kulit yang perlu diberi perhatian jika berlaku pada diri anda.

Shin spots merupakan kemunculan tompok-tompok kecil berwarna coklat atau kemerahan pada bahagian tulang kering (betis depan).

1. Shin spots

'Shin spots' (dermopati diabetik) adalah masalah kulit yang paling biasa berlaku kepada pesakit diabetes. 

Keadaan ini menyebabkan kemunculan tompok-tompok kecil berwarna coklat atau kemerahan, biasanya pada bahagian tulang kering (betis depan).

Walaupun tompok ini tidak berbahaya, ia menjadi petanda penting bahawa paras gula dalam darah tidak terkawal dengan baik dalam tempoh yang lama.

Kesan hitam bukan kotoran atau daki dan tidak akan hilang walapun selepas digosok.

2. Acanthosis nigricans

'Acanthosis nigricans' adalah satu keadaan kelainan kulit yang menyebabkan tompokan atau kawasan kulit menjadi gelap, menebal dan bertekstur kasar seperti kain baldu.

Keadaan ini bukannya daki atau kotoran biasa dan tidak akan hilang walaupun digosok dengan kuat semasa mandi.

Kawasan anggota yang biasanya terjadi adalah pada leher, celah paha, ketiak, siku dan lutut (kes teruk).

Keadaan kulit akan menjadi tebal, keras dan ketat.

3. Scleredema diabeticorum

'Scleredema diabeticorum' adalah satu keadaan kelainan kulit yang jarang berlaku apabila kulit menjadi sangat tebal, keras, tegang dan terasa seperti kayu atau kulit haiwan (leathery).

Masalah ini merupakan salah satu bentuk komplikasi kulit yang berkait rapat dengan penyakit kencing manis (diabetes mellitus), terutamanya bagi mereka yang sudah lama menghidap diabetes atau mempunyai paras gula darah yang sukar dikawal. 

Berbeza dengan daki atau jangkitan biasa, keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan protein (kolagen dan musin) yang berlebihan di dalam lapisan dalam kulit.

Penebalan kulit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya menyerang bahagian atas badan secara simetri seperti di belakang leher, bahu, dada dan lengan.

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

MENARIK DIBACA: Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

Skin tags merupakan keadaan tidak berbahaya dan berjangkit.

4. Skin tags

'Skin tags' (acrochordon) adalah ketumbuhan kulit kecil, lembut dan jinak (bukan kanser) yang biasanya tergantung pada tangkai kecil kulit.

Ia sangat biasa berlaku, tidak berbahaya dan tidak berjangkit. 

Kebanyakannya bersaiz antara beberapa milimeter sehinggalah ke 5 sentimeter yang tumbuh pada bahagian ketiak, bawah lengan, kelopak mata dan bawah payudara.

Bintik-bintik ini sebenarnya adalah gumpalan lemak (trigliserida) yang terkumpul dan mendap di bawah lapisan kulit.

5. Eruptive Xanthomatosis

'Eruptive xanthomatosis' adalah satu keadaan kelainan kulit yang jarang berlaku apabila bintik-bintik kecil berwarna kuning-kemerahan muncul secara tiba-tiba dalam jumlah banyak.

Bintik-bintik ini sebenarnya adalah gumpalan lemak (trigliserida) yang terkumpul dan mendap di bawah lapisan kulit disebabkan oleh paras lemak di dalam darah yang terlampau tinggi. 

Sama seperti 'acanthosis nigricans' dan 'scleredema diabeticorum', keadaan ini adalah tanda amaran penting bagi penyakit kencing manis (diabetes) yang tidak terkawal.

Keadaan ini tidak berbahaya kepada mata dan tidak menjejaskan penglihatan.

6. Xanthelasma

'Xanthelasma' adalah satu keadaan di mana tompokan atau plak lemak berwarna kekuningan tumbuh di bawah kulit di sekeliling kelopak mata.

Keadaan ini tidak berbahaya kepada mata dan tidak menjejaskan penglihatan, tetapi ia merupakan petanda kuat bahawa paras kolesterol atau lemak di dalam darah mungkin tinggi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ramai tak suka sebab ada rasa tanah, ketahui khasiat ubi bit merah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Pengguna tak disaran makan ikan merah dan siakap besar, berat... Ini fakta anda perlu tahu

Terhangat