info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

11 tip pemakanan rawat usus, salah satunya pantang ais setahun

Lead Image

USUS memainkan peranan penting dalam proses penghadaman dan penyerapan nutrien, malah kesempurnaan sistem pencernaan turut berkait rapat dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Tidak hairanlah pelbagai petua atau tip berkaitan penjagaan usus sering mendapat perhatian ramai, terutama apabila dikongsikan di media sosial.

Seorang individu di Threads berkongsi satu senarai yang didakwa pernah dikongsi Pakar Penyakit Dalam serta Perunding Endokrinologi, Metabolik dan Diabetes dari Indonesia, Dr Hans Tandra mengenai beberapa kaedah berkaitan proses ‘merawat usus’.

“Dapat ilmu mahal daripada pakar perubatan dalaman, Dr Hans Tandra berkenaan cara merawat usus,” tulisnya di Threads.

Pengambilan ikan isi putih dan ayam antara pilihan lauk disenaraikan dalam perkongsian itu.

Perkongsian tersebut menyenaraikan 11 perkara, termasuk pilihan makanan, cara memasak serta beberapa amalan lain yang perlu dilakukan.

Antara perkara yang disenaraikan termasuklah:

1. Hanya makan nasi 

Menurut perkongsian tersebut, nasi menjadi makanan utama yang dibenarkan sepanjang tempoh penjagaan usus.

2. Pilih lauk tertentu

Lauk yang disenaraikan hanyalah ayam, ikan isi putih dan putih telur.

3. Kaedah memasak tertentu

Antara cara memasak dicadangkan adalah kaedah panggang, rebus (sup, singgang), stim, bakar, asam rebus, salai dan tumisan putih.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

4. Hadkan kuah

Pengambilan kuah pula perlu dihadkan kepada maksimum dua sudu.

5. Ikut sukatan nasi dan lauk

Perkongsian itu turut mencadangkan nasi segenggam, manakala lauk diambil sebanyak dua kali ganda berbanding nasi.

6. Ambil probiotik

Probiotik turut disenaraikan sebagai salah satu amalan yang dikatakan membantu proses penghadaman.

Buat penggemar roti, sourdough antara pilihan alternatif dibenarkan.

7. Ambil pil Chi Kit Teck Aun

Pengambilan pil Chi Kit Teck Aun juga disebut dalam senarai tersebut.

8. Elakkan air batu selama setahun

Satu lagi dakwaan menarik perhatian adalah saranan supaya tidak mengambil air batu selama tempoh setahun.

9. Ambil garam 10 cubit sehari

Senarai itu turut menyatakan pengambilan garam sebanyak 10 cubit setiap hari.

10. Pilih roti tertentu

Bagi penggemar roti, hanya sourdough dan tosei disenaraikan sebagai pilihan yang dibenarkan.

Pengambilan tujuh biji kurma setiap pagi turut disarankan dalam senarai itu.

11. Makan tujuh biji kurma setiap pagi

Selain itu, individu tersebut turut menyarankan pengambilan tujuh biji kurma setiap pagi.

Keperluan pemakanan setiap individu bagaimanapun berbeza dan bergantung kepada keadaan kesihatan.

Jika mengalami masalah berkaitan sistem penghadaman atau usus, melakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar dietetik lebih wajar dijadikan panduan berbanding bergantung kepada petua yang tular di media sosial.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Wanita muda berdepan prakanser, doktor 'siasat' makanan kerap dimakan zaman belajar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

'Real food' dan 'clean food' tak sama! Individu sedang diet, kaum ibu perlu tahu bezanya

Terhangat