Jemur dulu cendawan kalau mahu vitamin D ekstra, jimat wang beli suplemen
PENGGEMAR cendawan mungkin ramai tidak menyedari bahawa makanan ini boleh menjadi salah satu sumber vitamin, khususnya vitamin D₂.
Perkongsian seorang wanita di Threads menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi amalan menjemur cendawan sebelum dimasak bagi membantu meningkatkan kandungan vitamin D₂ melalui pendedahan kepada cahaya matahari.
Menurutnya, dia bersama suami dan anak memang gemar menikmati cendawan dan akan menjemurnya terlebih dahulu di luar rumah sebelum dimasak.
"Saya dengan suami dan anak suka mushroom. Sekarang ini bila beli mushroom, saya akan jemur di luar sebelum masak. Biasanya satu hingga tiga jam sekitar jam 10 pagi hingga 1 petang.
"Saya kongsi perkara ini sebab kami memang suka makan cendawan dan nak tingkatkan kandungan vitamin D₂ dengan cara mendedahkan cendawan kepada cahaya matahari yang mempunyai UVB mencukupi," katanya.
Tambahnya, vitamin D yang terdapat dalam cendawan ialah vitamin D₂, bukannya vitamin D₃.

"Perlu diingatkan, vitamin D daripada mushroom adalah D₂ bukan D₃. Vitamin D₃ secara umumnya mempunyai bioavailabiliti (bahan mudah diserap) yang lebih baik berbanding D₂.
"Mushroom juga tak boleh gantikan cahaya matahari sebagai sumber utama vitamin D khususnya D₃, ia hanya sumber tambahan," jelasnya.
Menurut wanita itu lagi, dia dan suaminya mempunyai tahap vitamin D yang rendah dan cuba meningkatkan kadar vitamin tersebut tanpa mengambil suplemen.
MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'
MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'
Antara usaha yang dilakukan termasuk mendapatkan cahaya matahari, selain mengambil makanan seperti ikan terutama sardin, cendawan, telur dan kerang.
"Sebelum nak conceive anak seterusnya, saya nak pastikan vitamin D saya naik. Tambah pula saya ada endometriosis dan suami ada ekzema.
"Vitamin D ini adalah petunjuk dan pengawal untuk kesihatan mitokondria (sel menghasilkan tenaga)," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang teruja mengetahui bahawa cendawan boleh dijemur bagi membantu meningkatkan kandungan vitamin D.
"Hari tu terfikir waktu musim hujan cendawan tumbuh banyak-banyak. Sebab masa itu kita kurang dapat vitamin D daripada cahaya matahari.
"Jadi Allah hantar sumber yang lain untuk kita boleh dapat daripada cendawan. MasyaAllah.
"Ya, bagus sangat untuk tingkatkan vitamin D," antara komen warganet.
Tidak kurang juga, sebahagian netizen tertarik dan mahu mencuba kaedah tersebut.
"Terima kasih sebab berkongsi! Lepas ini sebelum masak saya nak jemur dulu mushroom saya.
"Menarik! Semua jenis cendawan pun boleh ke? Enoki shimeji?
"Saya dah buat tapi ada bau cendawan. Baunya terlalu kuat sampai saya tak boleh telan selepas buat sup. Boleh ke saya jemur sikit-sikit sahaja sekadar nak bagi rasa macam dah jemur? Sebab saya nak juga vitamin D percuma daripada cendawan," komen netizen lagi.