info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Nampak macam rambut kusut, rupanya makanan mahal! Ini 5 fakta menarik tentang fa choy

Lead Image

FA choy yang kelihatan seperti gumpalan rambut hitam membuatkan sesetengah individu mempersoalkan tentang trend kulinari yang menggunakan bahan itu sebagai tarikan sajian. 

Siapa sangka, bahan makanan unik itu sebenarnya mempunyai nilai budaya tinggi dan dipercayai membawa simbol kekayaan serta tuah.

Nama fa choy atau fa cai kembali menjadi bualan selepas beberapa perkongsian di media sosial menunjukkan makanan seperti kek dan croissant dihiasi dengan bahan berwarna hitam itu.

Disebabkan bentuknya seakan rambut kusut, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa pelik malah menganggap makanan itu sebagai sesuatu yang menggelikan.

Fa choy antara bahan makanan tradisional Cina kerana penampilannya unik.

Hakikatnya, fa choy adalah bahan makanan tradisional yang sudah lama digunakan dalam masakan masyarakat Cina, khususnya ketika sambutan Tahun Baru Cina.

1. Bukan rambut atau rumput laut

Fizikal bahan ini kelihatan seperti rambut hitam berserabut, membuatkan ramai salah anggap. 

Fa choy sebenanrnya sejenis koloni sianobakteria dengan nama saintifik Nostoc flagelliforme, tumbuh secara semula jadi di kawasan gurun dan padang rumput kering.

Tumbuhan itu kerap ditemui di kawasan utara China dan Mongolia. Bentuknya yang panjang, nipis serta berwarna hitam menyebabkan ia turut dikenali sebagai hair vegetable.

Selepas dituai dan dikeringkan, teksturnya menjadi ringan sebelum digunakan dalam pelbagai hidangan tradisional.

MENARIK DIBACA: 'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

2. Simbol rezeki dan kemakmuran

Selain keunikannya, perkara yang membuatkan fa choy istimewa ialah makna simbolik yang dikaitkan dengannya.

Dalam bahasa Mandarin, perkataan fa cai membawa maksud memperoleh kekayaan atau menjadi kaya.

Disebabkan persamaan bunyi itu, masyarakat Tionghoa menganggap fa choy sebagai lambang keberuntungan, rezeki dan kemakmuran.

3. Harganya mahal

Penampilan fa choy boleh membuatkan sesetengah orang kurang selesa, tetapi bahan makanan itu sebenarnya bukan bahan biasa.

Fa choy berkualiti tinggi boleh dijual pada harga agak mahal anggaran RM700 hingga RM1,400 satu kilogram kerana tumbuh secara perlahan di habitat semula jadi dan memerlukan proses penuaian teliti.

Malah, semakin baik kualiti dan keadaannya, semakin tinggi nilainya di pasaran.

4. Kaya kandungan nutrisi

Jangan pandang rupa sahaja. Fa choy juga mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

Dalam keadaan kering, bahan ini mengandungi serat makanan, protein serta beberapa mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium dan kalium.

Sering digunakan dalam kuantiti kecil sebagai pelengkap masakan, fa choy tetap menjadi salah satu bahan tradisional yang mempunyai nilai tersendiri.

Fa choy banyak digunakan dalam hidangan tradisional masyarakat Cina.

5. Popular dalam masakan Cina

Fa choy sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional seperti sup, hidangan vegetarian, tumisan cendawan dan masakan berkuah.

Sebelum dimasak, ia biasanya perlu direndam terlebih dahulu supaya teksturnya kembali lembut dan mudah menyerap rasa daripada kuah atau perencah.

Terbaharu, fa choy kembali mencuri perhatian selepas muncul dalam pelbagai kandungan makanan kreatif di media sosial kerana rupanya yang dianggap pelik.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Sapu kunyit di muka, tidur bertemankan bawang petua sembuhkan selesema

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Asyik 'kejar' makanan viral sampai kena kanser kolon, pakar nutrisi kongsi amalan pemakanan 'reset' usus

Terhangat