info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tembikai dan nanas banyak khasiat... Mana satu lebih baik untuk pesakit diabetes?

Lead Image

BAGI penghidap diabetes, pemilihan makanan amat berkait rapat dengan kawalan gula dalam darah. 

Ini termasuklah pemilihan buah-buahan dalam rutin pemakanan harian, sama ada sebagai snek atau sebahagian daripada hidangan utama.

Di Malaysia, tembikai dan nanas antara buah tropika paling popular kerana mudah didapati, segar selain mempunyai banyak serat dan air.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengandungi gula semula jadi yang boleh mempengaruhi paras gula dalam darah jika tidak diambil secara terkawal.

Tembikau tinggi kandungan air dan rendah kalori.

Tembikai

Tembikai sering dianggap buah 'ringan' kerana kandungan airnya yang sangat tinggi dan rendah kalori. 

Ia juga mengandungi gula semula jadi yang lebih rendah berbanding nanas.

Bagaimanapun, tembikai mempunyai indeks glisemik yang agak tinggi, bermaksud ia boleh menyebabkan gula darah naik dengan cepat jika dimakan dalam jumlah banyak.

Nenas pula lebih tinggi kandungan karbohidrat dan gula semula jadi.

Nanas

Nanas pula lebih tinggi kandungan karbohidrat dan gula semula jadi berbanding tembikai. 

Bagaimanapun ia kaya dengan vitamin C, mangan dan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.

Dari segi kesan terhadap gula dalam darah, nanas berada pada indeks glisemik sederhana ke tinggi, bergantung pada saiz hidangan yang diambil.

Jika dibandingkan secara keseluruhan, tembikai lebih rendah gula semula jadi, tetapi cepat memberi kesan kenaikan gula darah jika diambil berlebihan manakala nanas lebih tinggi gula dan karbohidrat, namun masih mempunyai nilai nutrisi yang baik

MENARIK DIBACA: Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang

MENARIK DIBACA: Tembikai dan garam kombinasi semula jadi singkir lemak perut

Tip penting untuk penghidap diabetes

  • Gabungkan dengan protein misalnya yogurt Greek atau keju cottage untuk melambatkan penyerapan gula.
  • Pilih buah segar dan elakkan buah dalam tin, buah kering atau yang ditambah gula.
  • Makan buah dan bukannya dibuat jus. Jus buah lebih tinggi gula dan kurang serat.
  • Kawal 'portion'. Ambil dalam jumlah sederhana untuk elakkan lonjakan gula darah.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Masih tak terlambat nak belajar makan sihat... Ini senarai sayur 'mesra tekak' untuk 'beginner'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ramai ibu dihantui rasa bersalah beri anak makanan 'frozen', doktor beri penjelasan

Terhangat