KUALI | Sihat

Ramai ibu dihantui rasa bersalah beri anak makanan 'frozen', doktor beri penjelasan

Lead Image

RUANGAN media sosial 'kecoh' apabila seorang pakar pediatrik berkongsi satu pengalaman menyentuh hati melibatkan wanita yang dihantui rasa bersalah gara-gara memikirkan pemakanan anaknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Nisa Khalil memberitahu, seorang ibu meluahkan kebimbangan selepas ditegur oleh suaminya berhubung makanan yang dibekukan.

"Doktor, husband saya marah sebab saya bagi anak (1.5 tahun) frozen fish soup saya masak seminggu lepas. Pakar kanak-kanak pun cakap freezing causes nutrient loss.

"Is it true I'm serving nothing but fiber to my kid?” soalnya dalam keadaan buntu.

Perkongsian itu menarik perhatian doktor tersebut yang tampil memberi penjelasan bagi menenangkan wanita berkenaan yang dipercayai sedang memikul beban mental tidak terlihat.

Seorang ibu berkongsi rasa serba salah bila meal prep untuk anak jadi persoalan.

"Mama. Sit down. We need to talk," kata doktor itu.

Menurut pakar kanak-kanak ini, wanita itu berkerjaya dan memasak dalam kuantiti banyak, mungkin pada waktu malam selepas anaknya tidur. 

MENARIK DIBACA:  Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua

MENARIK DIBACA: Bekas cef peribadi dedah diet, menu harian Ronaldo! Sukar orang biasa nak ikut

"Namun kini rasa bersalah akibat kritikan suami dan kekeliruan maklumat tentang pemakanan.

Mama, you’re not the villain here,” katanya.

Doktor itu menjelaskan bahawa tanggapan makanan yang dibekukan akan kehilangan nutrisi sepenuhnya adalah tidak tepat.

Bagi seorang ibu, setiap suapan anak bukan sekadar makanan tapi juga rasa cinta.

"Freezing food does not destroy your soup. Actually, freezing is one of the best ways to preserve nutrients," jelasnya.

Menurutnya, kehilangan nutrisi sebenarnya lebih banyak berlaku semasa proses memasak berbanding proses pembekuan.

Suhu tinggi dan tempoh memasak lama boleh menyebabkan vitamin tertentu seperti vitamin C dan B larut, hilang ke udara atau air.

"Protein, iron, zinc, calcium, vitamin A dan D pula kekal stabil walaupun selepas dibekukan," kongsinya lagi.

Makanan dimasak dari rumah lebih sihat dan selamat.

Dia menegaskan, 'freezer' juga bukan musuh sebaliknya alat membantu ibu bapa moden menguruskan masa dengan lebih baik.

Doktor itu turut berkongsi beberapa langkah mudah memastikan keselamatan makanan beku seperti menyejukkan makanan sebelum dibekukan, membahagikannya kepada bahagian kecil, menggunakannya dalam tempoh satu hingga tiga bulan serta memastikan makanan dipanaskan semula dengan betul sebelum dihidang.

"Tak ada magic, tak ada bahaya. Frozen homemade food still better daripada makanan segera.

"Working mom guilt memang kuat, tapi sains ada di pihak anda," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Tembikai dan nanas banyak khasiat... Mana satu lebih baik untuk pesakit diabetes?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Buah siap potong memang memudahkan, tapi bukan pilihan terbaik - Penasihat diet

Terhangat