info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Batuk tak sembuh, kahak tak hilang... Cuba minum air rebusan 5 herba ini

Lead Image

BATUK berlarutan berserta kahak yang sukar dikeluarkan pasti membuatkan seseorang berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila mengganggu tidur dan aktiviti harian.

Selain mendapatkan rawatan secara moden, terdapat petua tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di dapur bagi tujuan melegakan tekak.

Petua yang menggabungkan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan lemon ini mudah dilakukan dengan hanya merebus kesemua bahan selama 10 minit. 

Minum air rebusannya boleh dicuba sebagai ikhtiar untuk memberikan kelegaan pada tekak, sekali gus membantu mengurangkan rasa tidak selesa ketika batuk.

Air rebusan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis dan lemon.

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 hiris lemon (berkulit)
  • 2 cawan air

MENARIK DIBACA: Amal minum air cengkih dan bawang putih... Badan rasa ringan, lebih bertenaga

MENARIK DIBACA: Buat 'masker' guna madu, telur bantu remajakan kulit wajah

Cara penyediaan

  1. Rebus semua bahan selama 10 minit.
  2. Biarkan suam dan minum setiap hari sehingga batuk dan kahak berkurangan.

Berikut manfaat setiap bahan yang digunakan dalam petua minuman herba untuk melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak:

Bawang merah banyak digunakan dalam bidang perubatan tradisional.

1. Bawang merah

  • Mengandungi antioksidan seperti kuersetin yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif.
  • Mempunyai sebatian sulfur semula jadi.
  • Secara tradisional digunakan dalam pelbagai petua penjagaan kesihatan.
Bawang putih mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel tubuh.

2. Bawang putih

  • Mengandungi allicin, iaitu sebatian yang terbentuk apabila bawang putih dihancurkan.
  • Mempunyai sifat antimikrob yang dikaji dalam penyelidikan makmal.
  • Mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel tubuh.
Halia berupaya membantu mengurangkan rasa loya.

3. Halia

  • Mengandungi gingerol yang mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.
  • Memberikan rasa hangat yang boleh membantu melegakan ketidakselesaan tekak.
  • Berpotensi membantu mengurangkan rasa loya.
Kayu manis memberikan rasa hangat pada minuman.

4. Kulit kayu manis

  • Mengandungi sebatian antioksidan seperti polifenol.
  • Mempunyai sifat antimikrob yang dikenal pasti dalam kajian makmal.
  • Memberikan aroma dan rasa hangat kepada minuman.
Lemon mengandungi vitamin C untuk menguatkan sistem imun.

5. Lemon

  • Membekalkan vitamin C yang menyokong fungsi normal sistem imun.
  • Mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan.
  • Kandungan jusnya boleh membantu merangsang penghasilan air liur sekali gus memberikan kelegaan sementara kepada tekak yang kering.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

6 petua dapur berguna ini bantu selesai masalah sering berlaku ketika memasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tambah air garam dan cuka, rahsia 'fries' kekal rangup

Terhangat