info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Ayam kicap masak ala kadar pun dah cukup sedap, ikut petua ini lagi 'terangkat' enak

Lead Image

AYAM masak kicap sememangnya menjadi antara lauk ringkas kegemaran ramai dengan gabungan rasa masin, manis dan sedikit pedas yang mampu membuka selera.

Ada yang gemar menikmatinya dengan cara masakan kuah pekat dan melekat pada ayam, dan ada juga lebih suka versi berkuah.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna meminta petua daripada orang ramai untuk menjadikan sajian ayam masak kicap lebih mantap rasanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsia petua mereka.

Menurutnya, seorang kenalan yang merupakan cef pernah berkongsi satu rahsia mudah iaitu menambah sedikit rempah kurma ke dalam masakan.

"Korang bagi petua sikit nak bagi ayam masak kicap lagi sedap 'terangkat' tambah apa?

"Kawan saya seorang cef kata letak rempah kurma dan ayam kena goreng 'juicy', jangan garing," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Senang sangat masak mi ayam kicap, minyak bawang putih rahsia kesedapan

MENARIK DIBACA: Hanya 3 bahan nak masak ayam goreng berlado, tapi sedapnya bukan main! 

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang masing-masing tampil berkongsi petua atau tip memasak hidangan itu di rumah.

Ada yang menyarankan penggunaan serbuk kari bagi memberikan aroma lebih wangi, selain rempah sup dan sedikit asam jawa untuk menambah keseimbangan rasa.

"Pakai serbuk kari, sedap!

"Masukkan sedikit rempah sup, asam jawa, pergh!," antara komen netizen.

Komen netizen di lama media sosial.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan menambah sedikit mentega pada peringkat akhir memasak bagi menghasilkan kuah yang lebih berlemak dan beraroma.

Tidak kurang juga yang menegaskan bahawa tumisan menjadi kunci utama untuk menghasilkan ayam masak kicap yang benar-benar menyelerakan.

"Tumis bawang merah, putih, halia yang ditumbuk dan dikisar. Masukkan tomato masa menumis, sos tiram, sos cili dan tomato. Nak siap letak bawang holland, benggala dan cili potong," komen netizen lain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Kepala, kulit udang boleh dibuat minyak berperasa! Masakan lebih sedap, naik aroma

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Rupanya ada banyak rahsia, petua masak asam pedas 'kick'... Pilih ikut cita rasa

Terhangat