info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Kepala, kulit udang boleh dibuat minyak berperasa! Masakan lebih sedap, naik aroma

Lead Image

BAHAGIAN udang yang sering dianggap 'sampah' sebenarnya boleh menghasilkan minyak yang dikatakan cukup harum dan mampu menaikkan rasa masakan.

Seorang wanita dikenali sebagai Kayana berkongsi tip tersebut menerusi satu hantaran di Threads selepas dia menghasilkan minyak udang menggunakan kepala dan kulit makanan laut tersebut.

“Mommy kalau ada kepala dan kulit udang jangan buang. Buat minyak udang macam ni, lepas tu boleh tabur atas nasi goreng atau spageti. Wangi tau!

“Caranya mudah, goreng kepala udang dan kulit dengan minyak. Jadilah minyak udang.

Wanita ini kongsi cara mudah hasilkan minyak udang.

“Saya bilas siap masa nak kupas kulit dan kepala. Kemudian terus masuk kuali, start masak,” kongsinya di Threads.

Menurut individu itu, selepas mengetahui cara tersebut dia turut bercadang untuk mencuba kaedah lain bagi memanfaatkan udang sepenuhnya.

“Sekarang dah tahu memang sayang nak buang kulit dan kepala udang. Lepas ni nak cuba buat serbuk pula,” ujarnya.

MENARIK DIBACA: Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

MENARIK DIBACA: Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas

Perkongsian itu menarik perhatian netizen, terutama dalam kalangan kaum ibu yang turut mempunyai cara tersendiri memanfaatkan kepala udang ketika memasak.

Komen netizen.

“Saya suka guna kepala udang dalam masakan! Sejak usia 15 tahun lagi kalau masak udang memang tak pernah buang.

“Saya selalu buang, kenapa baru tahu boleh buat minyak ni.

“Sedap ni minyak dia, letak atas macam-macam makanan memang sedap.

“Saya pernah tengok Gordon Ramsay beritahu kepala udang ni paling banyak perasa kalau nak masak, jadi jangan bazir atau buang,” antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Guna daun limau antara petua hilangkan 'bau masak'... Dapur wangi natural, bebas bahan kimia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Ayam kicap masak ala kadar pun dah cukup sedap, ikut petua ini lagi 'terangkat' enak

Terhangat