Guna daun limau antara petua hilangkan 'bau masak'... Dapur wangi natural, bebas bahan kimia
MEMASAK memang memberikan kepuasan namun satu perkara yang sering menjadi cabaran selepas menyediakan hidangan ialah bau masakan melekat di dapur dan ruang lain.
Bau bawang, tumisan, ikan kering atau bahan masakan lain mengambil masa lama untuk hilang, lebih-lebih lagi kediaman yang tidak mempunyai penyedut asap.
Keadaan itu boleh membuatkan penghuni berasa kurang selesa walaupun aktiviti memasak sudah selesai.
Seorang lelaki di Threads dikenali sebagai Hafiz Amirudin berkongsi petua mudah menggunakan daun limau purut bagi membantu mengurangkan bau masakan di dapur.
Menurutnya, beberapa helai daun limau purut yang direbus membantu menghasilkan bau yang lebih segar di ruang dapur.

"Dapur berbau lepas masak, tak ada hood? Rebus 5 hiingga 6 helai daun limau purut dalam secawan air. Tutup api biar terbuka.
"Wangi natural bukan air freshener chemical," katanya.
Di ruangan komen, pelbagai petua lain dikongsi oleh netizen malah ramai turut teruja untuk mencuba cara itu.
MENARIK DIBACA: Cara buat nasi kuning Pantai Timur, terbaik makan dengan gulai pekat ikan aya
MENARIK DIBACA: Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain
"Saya pula buat macam ni, daun pandan + esen vanila + lemon memang hilang segala bau tumis-tumisan tu.
"Saya rebus biji cengkih kadang-kadang campur esen vanila. Lepas tu dah suam/sejuk tuang air rebusan tu dalam sinki boleh halau lipas dalam paip saluran sekali.
“Rebus kayu manis + esen vanila + daun pandan," demikian antara perkongsian warganet.

Segelintir netizen amat menghargai perkongsian ini kerana sudah tidak tahan dengan bau pewangi berasaskan bahan kimia.
"Thank you for the tips. Sebagai orang yang alah dengan bau wangi-wangi chemical ni, Thread ni sangat membantu," katanya.
Malah ada juga yang mengakui berdepan masalah bau masakan tertentu yang sukar hilang terutama selepas memasak bahan berbau kuat.
"Thanks for the tips, boleh la buat lepas masak ikan kering.
"Saya selalu struggle dengan bau bawang goreng sampai esok pagi. Terima kasih untuk tip daun limau ni memang nak cuba petang ni. Dapur saya pun tak ada hood, hari-hari jadi macam awak cakap," komen netizen.