info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Senang sangat masak mi ayam kicap, minyak bawang putih rahsia kesedapan

Lead Image

MI ayam kicap yang menggabungkan mi kenyal, ayam kicap dan aroma minyak bawang sememangnya mempunyai ramai peminat.

Nampak saja ringkas, tetapi jika mahu menghasilkan hidangan itu sama sedap seperti dijual di kedai, setiap elemen perlu seimbang terutama ayam kicap yang perlu dimasak sehingga lembut dan kuahnya meresap sempurna.

Bagi anda yang ingin menyediakan menu ini di rumah, resipi ini semestinya sangat membantu.

Rahsia utama mi ayam kicap dengan aroma harum dan menyelerakan terletak pada minyak bawang putih yang memberikan rasa lebih ‘kaw’ pada setiap suapan.

Sesuai dinikmati bila-bila masa, resipi mi ayam kicap homemade ini adalah satu pilihan mudah tetapi tetap mengenyangkan.

 

Minyak bawang putih rahsia mi ayam kicap lebih menggoda selera.

Bahan-bahan

Ayam kicap

  • 500g isi ayam bahagian paha, dipotong kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 300ml air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Daun bawang secukupnya
  • Bawang goreng untuk taburan
Masak sendiri mi ayam kicap untuk keluarga lebih puas .

 Mi

  • 2 bungkus mi telur atau mi kuning
  • Sawi, dicelur
  • Tauge (pilihan)
  • Kicap cair secukupnya

Minyak bawang putih

  • 6 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 5 sudu besar minyak masak

MENARIK DIBACA: Cara buat sambal kicap asli Jawa, pelengkap soto dan aneka gorengan

MENARIK DIBACA: Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna

Langkah penyediaan

 

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
  4. Tambahkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, lada putih dan air rebusan ayam. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
  5. Untuk minyak bawang putih, panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga kekuningan. Ketepikan.
  6. Celur mi sehingga lembut, kemudian gaulkan bersama sedikit minyak bawang putih dan kicap cair supaya lebih beraroma.
  7. Masukkan mi dalam mangkuk, tuang ayam kicap di atasnya dan hiaskan dengan sawi, daun bawang serta bawang goreng.
  8. Hidangkan mi ayam kicap ketika masih panas bersama sambal cili jika suka rasa pedas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Tempe sebagai bahan asas, ini cara buat kicap manis 'sihat' tanpa pengawet

Terhangat