info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian

Lead Image

NAMPAK macam mudah tapi ramai yang pertama kali buat pencuci mulut sagu gula Melaka berdepan masalah sagu masih berbiji putih, melekat atau teksturnya tidak menjadi seperti diharapkan.

Sebenarnya, semua masalah itu berlaku kerana teknik memasak yang kurang tepat. 

Jika tersilap langkah, sagu boleh menjadi berketul dan masih mempunyai bintik putih di tengah atau tidak cukup kenyal apabila dihidangkan.

Jangan risau, jom Kuali tunjukkan cara yang dikongsi oleh Ain Ahmad's untuk mendapatkan sagu masak sekata dan sedap dinikmati bersama kuah gula Melaka serta susu cair.

Aromanya yang cukup harum dan rasa lemak manis sememangnya menjadikan sajian ini pencuci mulut sempurna untuk cuaca panas mahupun hujan!

Cara memasak yang kurang tepat boleh membuatkan tekstur sagu menjadi berketul dan melekat!

Bahan-bahan

  • Sagu
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 2 cawan air
  • Gula Melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1 helai daun pandan
  • Susu cair

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

MENARIK DIBACA: Pemuda dedah bahaya cili kering berdebu, berkulat! Jangan 'termakan' pujuk tauke kedai

Cara penyediaan

  1. Didihkan air sehingga betul-betul menggelegak sebelum masukkan sagu.
  2. Masukkan sagu, tutup periuk dan biarkan masak selama 15 minit.
  3. Selepas 15 minit, tutup api tetapi jangan buka penutup periuk. Biarkan sagu berehat selama 15 minit lagi.
  4. Bilas sagu di bawah air mengalir sehingga bersih.
  5. Masukkan 2 cawan air, gula Melaka, daun pandan dan gula putih ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Tambahkan gula jika mahu kuah lebih manis.
  6. Hidangkan sagu bersama susu cair dan siramkan kuah gula Melaka mengikut citarasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Bahan sama cara buat beza, rahsia sambal belacan Kelantan harum dan padu!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Senang sangat masak mi ayam kicap, minyak bawang putih rahsia kesedapan

Terhangat