info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Bahan sama cara buat beza, rahsia sambal belacan Kelantan harum dan padu!

Lead Image

BUKAN semua sambal belacan sedap dan mampu membuatkan seseorang itu mahu menambah nasi. 

Bagaimanapun, kalau sambal belacan ala kenduri Kelantan ini dihidangkan atas meja, memang susah nak berhenti makan. 

Rahsianya bukan sekadar terletak pada pemilihan cili tetapi teknik membakar beberapa bahan utama yang menjadikan aroma sambal lebih wangi dan rasanya lebih sedap. 

Nak hasilkan sambal belacan yang pedas, masam dan rasa cukup seimbang? 

Jom tengok cara penyediaan yang dikongsikan oleh wanita ini:  

Ramai menggemari sambal belacan ala kenduri.

Bahan-bahan

  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Cili merah besar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bahan perasa secukup rasa

MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

MENARIK DIBACA: Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

Cara penyediaan

  1. Bakar bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga sedikit garing serta naik bau. Langkah ini penting kerana ia memberi aroma yang lebih wangi dan menjadikan rasa sambal lebih padu.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dibakar bersama cili padi merah, cili padi hijau, cili merah besar dan air asam jawa ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus mengikut tekstur yang diingini.
  3. Tuang sambal ke dalam bekas sebelum memerah air limau kasturi. Sebaiknya tapis air limau bagi mengelakkan biji masuk ke dalam sambal kerana ia boleh menyebabkan rasa pahit.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan bahan perasa. Gaul sebati, kemudian sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Tauhu bergedil gedempol rangup, padat daging... Kudapan 'simple' tapi nikmat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian

Terhangat