info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Tempe sebagai bahan asas, ini cara buat kicap manis 'sihat' tanpa pengawet

Lead Image

DALAM masakan Melayu, kicap manis digunakan dalam pelbagai jenis sajian seperti mi goreng, nasi goreng, ayam masak kicap dan aneka hidangan tumisan.

Ramai juga yang menggemarinya sebagai pelengkap ringkas, dimakan bersama nasi panas dan telur mata.

Tahukah anda sebenarnya kicap manis juga boleh dibuat sendiri menggunakan tempe sebagai bahan asas? 

Mungkin kedengaran pelik, tetapi hasilnya tidak mengecewakan kerana mempunyai rasa manis seimbang, aroma rempah harum serta tekstur pekat seperti kicap manis yang dijual di pasaran.

Jika anda ingin menghasilkan kicap tanpa bahan pengawet, boleh cuba resipi perkongsian @fajaralam_s ini:-

Kicap manis juga boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan tempe sebagai bahan asas.

Bahan-bahan

  • 400 gram tempe (peram pada suhu bilik selama dua hari)
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 liter air
  • 550 gram gula Melaka atau gula aren
  • 10 sentimeter kayu manis
  • 6 biji bunga lawang
  • 1 sudu makan biji ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu teh garam

MENARIK DIBACA: Cara buat sambal kicap asli Jawa, pelengkap soto dan aneka gorengan

MENARIK DIBACA: Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna

Cara penyediaan

  1. Potong tempe kepada saiz kecil.
  2. Rebus bersama daun salam, daun limau purut dan air hingga lembut.
  3. Kisar tempe bersama air rebusannya sehingga halus.
  4. Tapis campuran tersebut dan asingkan hampas daripada airnya.
  5. Masukkan air tapisan ke dalam periuk.
  6. Tambahkan kayu manis, bunga lawang, ketumbar yang ditumbuk kasar, gula Melaka serta garam.
  7. Kacau sehingga semua bahan larut dan sebati.
  8. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Setelah mencapai kepekatan yang diingini, tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam botol atau bekas kedap udara.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Senang sangat masak mi ayam kicap, minyak bawang putih rahsia kesedapan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Gulai kuning Kelantan tak perlu menumis hasil tetap padu, campak bahan tahu-tahu siap!

Terhangat