info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Gulai kuning Kelantan tak perlu menumis hasil tetap padu, campak bahan tahu-tahu siap!

Lead Image

KALAU ditanya tentang masakan kampung Pantai Timur kegemaran, gulai kuning Kelantan pasti antara hidangan yang paling mendapat tempat di hati penggemar sajian tradisional.

Kuahnya yang pekat, berlemak dengan rasa pedas yang seimbang memang cukup menyelerakan, apatah lagi dipadankan dengan ikan tongkol yang berisi pejal dan manis.

Lebih menarik, resipi yang dikongsikan seorang pengguna Threads ini tidak memerlukan proses menumis. 

Semua bahan hanya dimasukkan ke dalam periuk sebelum api dinyalakan, kemudian dibiarkan mendidih sehingga kuah menjadi sebati dan penuh aroma.

Gulai kuning Kelantan tidak memerlukan proses menumis.

Berikut dikongsikan resipinya:

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • Segenggam cili padi
  • 2-3 sudu makan cili giling
  • 1 kotak santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya

MENARIK DIBACA: Singgang tenggiri mudah nak buat, enak tak terkata! 'Confirm' jadi walau tak pandai masak

MENARIK DIBACA: Kena cuba! Campuran 3 rempah ini buat gulai pisang tumis darat bertambah sedap

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili padi hingga lumat.
  2. Jangan buka api, masuk ikan tongkol ke dalam periuk.
  3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama cili giling, santan, air, serbuk kunyit dan asam keping.
  4. Selepas semua bahan dimasukkan, barulah nyalakan api dan kacau perlahan-lahan sehingga kuah sebati.
  5. Biarkan gulai mendidih dan ikan masak sepenuhnya serta kuah sedikit pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk rasa mengikut cita rasa.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Tempe sebagai bahan asas, ini cara buat kicap manis 'sihat' tanpa pengawet

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Enaknya ayam masak Bangladesh, baru hidu aroma perut mula berkeroncong

Terhangat