info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Jangan beli bawang merah jantan! Pilih jenis betina sambal lebih sedap, manis semula jadi

Lead Image

PERNAH tak anda berdepan situasi aneh ketika memasak sambal apabila resipi sama digunakan, sukatan pun tak diubah tapi rasanya lebih manis berbanding biasa?

Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar disebabkan bawang merah yang digunakan dalam masakan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, dia berkata bawang merah berbentuk leper menghasilkan rasa lebih manis berbanding bawang berbentuk lonjong, sekali gus menjadikan sambal lebih sedap walaupun tanpa menambah gula.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

"Pernah la tengok satu video kat mana tak ingat, katanya bawang leper ni bawang betina, bawang lonjong ni bawang jantan.

"Tapi bawang betina ni manislah. Ada satu masa tu bawang leper je. Buat sambal jadi manis padahal gula macam biasa letak. Dia macam ekstra manis.

"Kalau bawang lonjong, tak semanis macam leper," tulisnya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perkongsiannya berdasarkan pengalaman mereka sendiri di dapur.

MENARIK DIBACA: Sama tapi tak serupa, warna cili benggala berbeza rasa dan tekstur

MENARIK DIBACA: Cili benggala pun ada jantina, ‘betina’ lebih manis sedap dimakan mentah

Malah, ada yang berpendapat bawang merah berbentuk lonjong lebih sesuai dimakan mentah kerana teksturnya lebih rangup dan tidak terlalu manis.

Bawang jantan juga sering digunakan sebagai ulam, taburan pada sardin, inti makanan atau campuran salad.

"Tips tambahan, bawang betina tak sesuai buat makan mentah. Contoh ulam laksa, nak tabur atas sardin, buat inti atau salad. Sesuai untuk masakan.

"Bawang jantan sesuai untuk makan mentah. Sama macam capsicum, yang kembang lebih manis dan sesuai dimakan mentah," komen netizen lagi.

Komen netizen di media sosial.

Sekadar info, istilah 'bawang betina' dan 'bawang jantan' sebenarnya hanyalah gelaran yang digunakan dalam kalangan masyarakat dan bukan merujuk kepada jantina sebenar bawang merah.

Bawang merah yang berbentuk lebih leper atau bulat dipercayai mempunyai lebih banyak lapisan serta kandungan gula semula jadi yang lebih tinggi sedikit. 

Apabila dimasak, ia akan menjadi lebih lembut dan mengeluarkan rasa manis yang menyerlah.

Bawang merah berbentuk lonjong pula lazimnya mempunyai rasa yang lebih tajam, kurang manis dan teksturnya kekal rangup menjadikan ia sesuai sebagai bahan hiasan dalam hidangan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Santan kotak selesaikan masalah rambut gugur, suami botak tak teragak amal petua sama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tip mudah ini selesaikan masalah ikan hancur ketika digoreng... Isi dan kulit kekal sempurna

Terhangat