KUALI | Tip & Trik

Cili benggala pun ada jantina, ‘betina’ lebih manis sedap dimakan mentah

Lead Image

PEMILIHAN bahan yang tepat bukan sekadar soal rasa, malah dapat menentukan tekstur dan kualiti sajian.

Bahan yang tepat memastikan hidangan dimasak sempurna mengikut cita rasa, termasuk dalam pemilihan cili benggala.

Tahukah anda, cili benggala sebenarnya mempunyai jantina yang boleh dikenal pasti hanya dengan melihat bahagian bawahnya?

Perbezaan ini mungkin kelihatan remeh, tetap ia sering dijadikan panduan di dapur kerana tekstur dan rasanya sedikit berbeza.

Jom Kuali kongsi perbezaan cii benggala jantan dan betina supaya tidak tersalah pilih ikut kegunaan masakan anda.

Setiap lada benggala meberikan rasa berbeza.

Cili benggala jantan

Cili benggala jantan biasanya mudah dikenali melalui tiga bonjol di bahagian bawahnya.

Tekstur lebih pejal dan padan. Rasanya kurang manis malah sesuai dimasak atau digoreng kerana tidak cepat lembik.

Lada benggala jantan paling sesuai sebagai bahan menumis, hiasan topping pizza atau stir-fry.

MENARIK DIBACA: Resipi mufin pisang senang sangat, boleh ajak anak-anak bantu di dapur 

MENARIK DIBACA: 28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

Cili benggala betina

Manakala cili benggala betina pula mempunyai empat bonjol di bahagian bawahnya.

Tekstur lebih berair dan lembut, malah rasanya juga sedikit manis. 

Lada benggala betina sedap dimakan mentah, juga sesuai untuk dijadikan salad dan sandwich.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Pempengaruh kongsi rahsia kulit 'glowing', guna biji halba jadi toner wajah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Sayang nak buang periuk bocor? Boleh tampal guna asam jawa, hanya ikut langkah mudah ini

Terhangat