KUALI | Tip & Trik

Pempengaruh kongsi rahsia kulit 'glowing', guna biji halba jadi toner wajah

Lead Image

TAHUKAH anda biji halba bukan sahaja sebagai bahan dalam masakan tetapi juga boleh digunakan sebagai toner untuk menjaga dan merawat kecantikan kulit.

Menerusi perkongsian seorang pempengaruh kecantikan asal Indonesia Dewi Wang, gadis dengan tekstur kulit halus dan licin itu berkongsi tentang amalan dilakukannya setiap hari untuk menjaga kecantikan wajahnya.

Dalam video tersebut, gadis cantik itu menunjukkan cara menghasilkan toner semula jadi menggunakan biji halba yang turut dikongsikan pakar dermatologi.

Perbezaan kulit Dewi Wang sebelum dan selepas menggunakan toner daripada air rendaman biji halba.

Menurutnya, air rebusan biji halba yang digunakan pada wajahnya kaya dengan antioksidan untuk membantu merawat masalah kulit berjerawat serta memelihara keanjalan kulit.

Selain dijadikan toner, biji halba yang dikisar juga boleh dijadikan masker dan skrub untuk melembutkan kulit.

Ingin tahu cara menghasilkan toner daripada biji halba? Jom Kuali kongsikan caranya.

MENARIK DIBACA: Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

MENARIK DIBACA: Diet pelangi buat semangat nak kurus, paling penting banyak manfaat

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar biji halba
  • 250 milimeter air
  • Botol penyembur

Cara penyediaan

  1. Rendam semalaman biji halba kemudian rebus selama lima minit.
  2. Tunggu sehingga sejuk kemudian pindahkan biji halba bersama air rebusannya ke dalam botol penyembur.
  3. Simpan di dalam peti sejuk supaya lebih segar dan tahan lama.
  4. Untuk kegunaan, semburkan pada wajah dua kali sehari setiap hari dan hasilnya, kulit wajah anda akan lebih cerah dan mengurangkan garis-garis halus dalam masa 14 hari.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cili benggala pun ada jantina, ‘betina’ lebih manis sedap dimakan mentah

Terhangat