info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

3 anak kena jaundis, doktor akui amal cara orang lama... Mandikan bayi dengan air daun kucai

Lead Image

JAUNDIS atau penyakit kuning bukanlah perkara asing untuk bayi yang baru dilahirkan.

Penyakit kuning berlaku disebabkan paras bilirubin yang tinggi dalam darah sehingga menyebabkan keadaan kulit bayi dan mata putih (sklera) menjadi kekuningan.

Lazimnya, bayi yang terkena penyakit kuning ini akan dirawat melalui kaedah fototeapi (terapi cahaya) untuk mengurangkan tahap bilirubin.

Duan kucai mengandungi vitamin C, K, dan folat yang baik untuk merawat pelbagai khasiat kesihatan. 

Selain rawatan secara moden, terdapat juga kaedah tradisional yang boleh dilakukan untuk membantu merawat penyakit kuning dengan menggunakan daun kucai.

Menerusi perkongsian seorang doktor dalam Threads, dia berkongsi petua yang diamalkan sendiri untuk merawat penyakit kuning terhadap tiga anaknya ketika bayi.

"Saya doktor, tapi saya nak cadangkan satu petua yang saya dapat ketika berpantang anak pertama pada 2021.

"Kalau bayi kena jaundis, mandikan dengan air daun kucai.

"Rebus seketika daun kucai dalam air mendidih kemudian tapis dan mandikan bayi dengan air rebusan kucai. Selepas itu bilas bayi dengan air suam," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Gulai rebah bangun ayam memikat hati, Chef Wan angkat 6 juadah semakin dilupakan sempena Hari Kemerdekaan

MENARIK DIBACA: Kentut memang bau busuk, tapi makan telur setiap hari banyak manfaatnya

Doktor tersebut juga sempat berjenaka dengan mengakui bayi yang dimandikan dengan air rebusan daun kucai memiliki bau seakan kuetiau goreng.

Bagaimanapun pada masa sama, dia tetap mengingatkan ibu berpantang supaya pergi membuat pemeriksaan rutin di klinik atau hospital seperti diarahkan oleh petugas kesihatan

Di ruangan komen, ramai kaum ibu turut berkongsi petua sama yang diamalkan dan mengakui kaedah tersebut sangat berkesan.

Rawatan penyakit kuning dengan air rebusan daun kucai turut diakui oleh pengguna lain.

"Dua orang anak saya kena penyakit kuning dan saya mandikan dengan air rebusan kucai. Hari ke-12 dah turun kuning dan boleh pulang ke rumah.

"Abang saya pun buat cara yang sama. Cuma mandi air kucai sekali sahaja, esoknya dah tak ada kuning," antara komen netizen.

Untuk info, daun kucai (Allium tuberosum) kaya dengan nutrien seperti vitamin C, K, dan folat, menawarkan pelbagai khasiat kesihatan. 

Tumbuhan ini membantu menurunkan kolesterol, mengawal tekanan darah, meningkatkan kesihatan jantung, serta mencegah osteoporosis dan kanser.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Ramai jatuh cinta keenakan tomyam Thailand, rahsianya cuma kulit dan kepala udang!

Terhangat