Kunyit, lengkuas mampu tahan lama jika simpan teknik betul! Jangan terkejut lepas 2 bulan kekal segar
TANPA teknik penyimpanan betul, bahan-bahan segar seperti kunyit hidup akan cepat kering, berkulat atau rosak dalam tempoh singkat sekali gus menyebabkan pembaziran.
Satu perkongsian daripada seorang wanita di Threads menarik perhatian apabila dia berkongsi cara mudah untuk memastikan kunyit hidup dan lengkuas kekal segar lebih lama.
Menurut wanita itu, bahan tersebut sebenarnya boleh tahan sehingga dua bulan jika disimpan menggunakan kaedah yang betul.

“Langkah pertama adalah dengan membasuh kunyit hidup dan lengkuas sehingga benar-benar bersih bagi menghilangkan tanah dan kotoran.
MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'
MENARIK DIBACA: Cuba pecah rekod dunia, Oriental Kopi sasar jual 10,000 nasi lemak dalam masa 8 jam
“Selepas itu, masukkan bahan tersebut ke dalam bekas bertutup sebelum diisi dengan air sehingga menutupi keseluruhannya.
“Bekas berkenaan kemudian perlu disimpan di dalam peti sejuk, khususnya di bahagian 'icebox' bagi memastikan suhu yang konsisten,” kongsinya.

Tambahnya lagi, air dalam bekas tersebut perlu ditukar setiap lima hingga enam hari bagi mengekalkan kesegaran bahan.
“Kunyit yang disimpan hampir dua bulan masih kelihatan elok dan segar, malah lengkuas juga berada dalam keadaan baik," katanya.
Perkongsian itu ternyata memberi manfaat kepada ramai, terutama mereka yang ingin mengelakkan pembaziran bahan dapur dan memastikan stok sentiasa dalam keadaan terbaik.