KUALI | Petua

6 bahan dapur ini bantu kurangkan pedih ulser, sembuh lebih cepat

Lead Image

ULSER mulut atau juga dipanggil mata ikan memang boleh menjejaskan selera makan malah membuatkan aktiviti harian terganggu. 

Lebih menyeksakan apabila setiap kali makan atau minum, mereka yang mengalami ulser mulut akan berasa pedih dan perit.

Masa untuk sembuh secara semula jadi juga agak lama iaitu antara semiggu hingga dua minggu. 

Selain mendapatkan ubat-ubatan di farmasi, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati di rumah untuk membantu melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan ulser.

Berikut antara enam cara tradisional yang boleh anda cuba untuk merawat ulser dengan lebih cepat dan berkesan.

Kumur air garam selama beberapa saat untuk meredakan kesakitan dan membunuh kumat.

1. Air garam

Campurkan setengah sudu kecil garam dalam segelas air suam dan kumur selama 20 hingga 30 saat.

Lakukan sebanyak dua hingga tiga kali sehari untuk membunuh kuman, mengurangkan bengkak dan kesakitan serta mempercepatkan penyembuhan.

Madu memiliki sifat antibakteria dan meredakan kesakitan akibat ulser mulut.

2. Madu asli

Sapukan sedikit madu tualang atau madu lebah asli terus pada ulser sebanyak tiga hingga empat kali sehari.

Madu mempunyai sifat antibakteria, anti-radang dan melembapkan kawasan ulser untuk melegakan pedih.

Minyak kelapa mampu memberikan kelegaan akibat ulser mulut.

3. Minyak kelapa

Sapukan sedikit minyak kelapa pada ulser. 

Minyak kelapa mempunyai sifat antimikro dan memberikan rasa kelegaan, sekali gus membantu mengurangkan bengkak.

MENARIK DIBACA: Cef Zaini buktikan Malaysia Boleh! Raih ranking ke-92, tempat ke-17 terpantas kejohanan piza dunia di Itali

MENARIK DIBACA: Onedha bangkit, buka restoran lepas kemalangan! Pelanggan mat salih puji, orang tempatan pula geli masakan OKU

Minum air kelapa mampu menyejukkan badan yang menjadi antara punca ulser mulut.

4. Air kelapa

Minum air kelapa segar antara satu hingga dua kali sehari.

Selain itu berkumur dengan air kelapa juga membantu menyejukkan badan dan meredakan 'panas dalam' yang menjadi antara punca ulser mulut.

Lendir lidah buaya bersifat anti-radang yang baik.

5. Lidah buaya (aloe vera)

Sapukan lendir lidah buaya yang bersih pada kawasan yang terkena ulser. 

Lidah buaya mempunyai ciri penyembuhan dan anti-radang yang baik.

Serbuk kopi mampu mengurangkan rasa sakit.

6. Serbuk kopi

Letakkan sedikit serbuk kopi terus pada bahagian ulser untuk meredakan kesakitan. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Buat sendiri kolagen guna tulang ikan, kaki ayam! Sumber tak diragui, kos murah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Nampak sama tapi tak serupa! Ini cara nak bezakan santan segar asli dengan campuran

Terhangat