Gara-gara FOMO cuba 'dancing shrimp', wanita cirit-birit hingga menggigil
SEORANG wanita mendakwa mengalami cirit-birit berpanjangan hingga badannya menggigil selepas mencuba makanan viral dancing shrimp,.
Wanita berasal dari Indonesia itu menerusi hantaran di Threads menceritakan pengalaman kurang menyenangkan selepas menikmati udang hidup tersebut.
Dia mengakui kesilapannya kerana terlalu mengikut trend tanpa terlebih dahulu mengambil tahu mengenai risiko makan dancing shrimp.

“Kesilapan besar aku sebab terlalu FOMO (fear of missing out) sampai tak cari tahu terlebih dahulu. Rupanya dah ramai yang sakit perut gara-gara makan dancing shrimp.
“Malam tu juga aku terus mengalami cirit-birit, demam dan sakit kepala. Sampai sekarang masih tak berhenti ulang-alik ke tandas.
“Aku dah tak tahan lagi. Badan menggigil, asyik kena berulang-alik ke tandas. Serik betul, sumpah! Dah makan ubat pun masih cirit-birit,” katanya.
Disebabkan tidak mampu menghabiskannya, wanita itu terpaksa membawa pulang baki udang untuk digoreng sebelum dimakan.
MENARIK DIBACA: Lipas 'berpesta' dalam bekas daging mentah, restoran BBQ terkenal di MyTOWN diarah tutup 14 hari
MENARIK DIBACA: Makan ayam mentah jadi kegilaan di Jepun, kerajaan diminta campur tangan
Jelasnya, dia hanya makan sebahagian udang sahaja kerana rasanya yang terlalu masin.
“Aku tak makan semuanya. Bakinya aku goreng di rumah. Aku cuma makan yang ada dalam video tu sahaja.
“Rasanya terlalu masin sampai aku tak tahan. Apatah lagi kalau aku makan banyak,” jelasnya.
Dancing shrimp merupakan udang mentah atau hidup dan biasanya dihidangkan bersama sos Thai serta bahan perasa.

Walaupun udang yang masih hidup dan bergerak menjadi tarikan kepada penggemar makanan unik, pengambilannya tetap mempunyai risiko kesihatan.
Udang mentah atau tidak dimasak sempurna boleh membawa bakteria dan parasit seperti Vibrio parahaemolyticus yang menyebabkan jangkitan bawaan makanan.
Antara gejala yang boleh berlaku termasuk cirit-birit, sakit perut, loya dan muntah.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah soal keselamatan makanan dan memastikan makanan laut dimasak sempurna sebelum dimakan.