info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Makan ayam mentah jadi kegilaan di Jepun, kerajaan diminta campur tangan

Lead Image

TREND menikmati ayam mentah kini semakin popular di pelbagai restoran di Jepun sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, ayam yang tidak dimasak atau separuh masak berisiko menyebabkan keracunan makanan akibat bakteria Campylobacter dan Salmonella.

Memetik laporan media, kebanyakan restoran di Jepun kini menawarkan hidangan 'chicken tataki', iaitu ayam yang hanya dipanggang seketika pada bahagian luar, manakala bahagian dalamnya kekal mentah atau separuh masak.

Berbeza dengan ikan segar yang lazim dihidangkan mentah, daging ayam mempunyai risiko pencemaran bakteria jauh lebih tinggi.

Jangkitan bakteria menyebabkan cirit-birit, demam dan sakit perut.

Jangkitan bakteria tersebut boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan sakit perut.

Dalam kes tertentu, ia juga boleh mencetuskan sindrom Guillain-Barré, iaitu penyakit yang menyerang sistem saraf dan berpotensi menyebabkan kelumpuhan.

Walaupun hidangan itu sudah menjadi tradisi di beberapa wilayah Jepun, ramai warganya berpendapat kerajaan perlu memperkenalkan peraturan yang lebih ketat berhubung perkara itu.

MENARIK DIBACA: Pakar tak galakkan basuh ayam mentah sebelum dimasak, ini sebabnya!

MENARIK DIBACA: 28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

Susulan itu, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun mengumumkan sedang merangka garis panduan rasmi berkaitan penyediaan ayam mentah.

Peraturan tersebut dijangka merangkumi pengasingan ayam dimasak dan ayam dihidang mentah, kaedah pensterilan permukaan daging, serta tatacara penyimpanan yang selamat.

Selain itu, restoran yang masih menawarkan hidangan ayam mentah berkemungkinan diwajibkan memaklumkan pelanggan mengenai risiko kesihatan yang mungkin dihadapi.

Kerajaan berpandangan langkah itu penting kerana walaupun prosedur keselamatan dipatuhi, risiko jangkitan bakteria tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Jumpa rambut masa buat 'review' nasi ayam viral, influencer tetap beri rating 4.5 bintang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bapa 'scam' tiga anak! Si bongsu jatuh cinta, 2 lagi geli dapat tahu makan buntut ayam

Terhangat