Bapa 'scam' tiga anak! Si bongsu jatuh cinta, 2 lagi geli dapat tahu makan buntut ayam
HAMPIR setiap bahagian ayam mempunyai peminatnya tersendiri, termasuk tongkeng atau lebih dikenali sebagai buntut ayam.
Walaupun ada yang kurang menggemarinya kerana kandungan lemak tinggi selain berasa geli, tidak dinafikan bahagian kecil di hujung badan ayam ini menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya lembut, berlemak dan rasa cukup 'juicy'.
Di Malaysia, makan tongkeng ayam bukanlah ssesuatu yang aneh, malah ia mudah ditemui di pasar-pasar malam sama ada digoreng atau dijadikan sate (tongkeng bakar) yang dimakan bersama kuah khas.
Bagi sesetengah masyarakat di luar negara, makan tongkeng ayam dianggap aneh dan menjijikkan.
Bagaimanapun atas rasa ingin tahu, ada segelintir mereka sanggup menelannya, malah mengakui jatuh hati dengan keenakan tongkeng ayam.

Seperti dalam satu video tular di TikTok, seorang pelancong dari New Zealand dilihat 'memperdaya' tiga anaknya dengan memberikan tongkeng ayam bakar tanpa memberitahu apa yang sedang mereka makan.
Selepas dimasukkan ke dalam mulut, barulah dia memberitahu mereka sedang makan tongkeng ayam.
"Apa yang kamu makan itu sebenarnya bahagian buntut ayam," katanya.
Ketiga-tiga anaknya terkejut sehingga hampir memuntahkan semula tongkeng ayam bakar yang dimakan kerana berasa geli.
MENARIK DIBACA: Siti Nurhaliza kini sertai 'keluarga' ZUS Coffee
MENARIK DIBACA: [V] Dulu pantang nampak 'fast food' mesti beli, sekarang langsung tak teringin - Noryn Aziz
Apa yang mencuri perhatian, salah seorang anak perempuannya dipercayai yang paling bongsu, dilihat sangat menikmati tongkeng ayam, malah 'merampas' sisa makanan tersebut apabila kakaknya mahu membuangnya ke lantai.
"Jangan! Berikan ia kepada saya," katanya.
Gelagat pelancong itu menarik perhatian netizen terutama dari Malaysia yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka menikmati hidangan yang dianggap 'eksotik'.

"Di Malaysia makan tongkeng ayam perkara biasa. Makanan kegemaran saya!
"Nenek saya kata makan tongkeng ayam boleh jadi awet muda.
"Bagus adik dia, asal sedap makan je," komen beberapa netizen.
Tongkeng ayam adalah bahagian hujung tulang ekor ayam atau juga dikenali sebagai 'bishop's nose' dan bukannya lubang dubur atau tempat najis.
Dari sudut kesihatan pula, anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia mengandungi kadar kolesterol dan kalori yang sangat tinggi.