[V] Dulu pantang nampak 'fast food' mesti beli, sekarang langsung tak teringin - Noryn Aziz
PENYANYI berkelas dunia, Noryn Aziz mengakui sudah bertahun-tahun meninggalkan tabiat buruknya iaitu gemar makan makanan segera.
Menurut Noryn atau nama lengkapnya Norazmahwati Abdul Aziz, 49, dahulu dia memang pantang melihat makanan segera seperti ayam goreng dan menikmatinya hampir setiap hari.
Seiring peningkatan usia, dia mula sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan terutamanya aspek pemakanan dan mula meninggalkan makanan segera beberapa tahun lalu.

"Saya memang dah lama tak makan makanan segera, dah bertahun-tahun.
"Sehinggakan saya sudah tidak ada keinginan untuk makan makanan segera hari ini.
"Kalau dahulu saya kena makan ayam goreng, pantang lalu mesti saya akan beli," ujarnya yang kini tahu membezakan antara makanan sihat dan tidak sihat.
MENARIK DIBACA: Semua alat jenis besi! Ini 6 sebab orang India cukup sinonim dengan perkakas dapur 'stainless steel'
MENARIK DIBACA: Roti canai tak habis makan, ramai buang sebab dah keras! Lelaki ini kreatif jadikan kuetiau goreng
Selain tidak lagi menyentuh makanan segera, penyanyi yang sinonim dengan genre Jazz itu juga sudah beberapa tahun mengamalkan pengambilan satu hingga dua sudu nasi sahaja setiap kali makan.
Kata Noryn, dia agak sukar meninggalkan makanan ruji (nasi) orang Melayu itu, lebih-lebih lagi jika dihidangkan dengan masakan kampung.
Dengan mengawal kuantiti nasi, sedikit sebanyak membantunya mengawal jumlah pemakanan selain turut mengira jumlah kalori (lauk) yang dimakan setiap hari.

"Selain makanan segera, saya juga sudah kurangkan pengambilan nasi. Cukup satu hingga dua sudu sahaja.
"Pada masa sama saya akan kira jumlah kalori saya setiap hari.
"Tapi tipulah kalau tak ada 'cheat day" sesekali. Lagi-lagi kalau lauk terlalu sedap," katanya.